Gara-gara kerana skandal, Han Jun dinafikan hak untuk ‘debut’ bersama-sama kumpulan kpop TOO

Han Jun (23 tahun) telah disingirkan di dalam kumpulan kpop terbaru, TOO yang dicetuskan daripada rancangan ‘survival’ terbitan Mnet, World Klass manakala tempatnya telah digantikan dengan Jaehyun yang mendapat undian kelima tertinggi.

Keputusan ini dibuat oleh agensi yang mewakili mereka, n.CH Entertainment setelah mendapati Han Jun mencetuskan skandal yang di luar pengetahuan pihak produksi. TOO atau nama singkatan penuh Too (“Ten Oriented Orchestra”) dipilih daripada 20 orang yang bersaing sesama sendiri menerusi tiga cara: tiga orang menerusi World Class Committee, tiga orang yang lain pula hasil penjurian dan pencapaian masing-masing manakala empat orang lagi menerusi undian. Pemilihan 10 orang ini pada asalnya telah ditetapkan pada episod terakhir rancangan itu yang ditayangkan pada 6 Disember 2019 lalu.

Han Jun sebelum ini terpilih bersama-sama oleh J. You dan Chan oleh World Class Committee. Namun, pada dua hari kemudian, gambar rasmi ‘TOO’ menunjukkan Jaehyun telah menggantikan tempat Han Jun. Sepanjang berada di dalam World Klass, Han Jun mempunyai kelebihan daripada segi nyanyian suaranya selain kemampuan untuk berlakon.

‘World Klass’ yang agak mirip dengan rancangan Mnet sebelumnya, Produce X 101 ini tidak berjaya menepati sasaran pihak produksi apabila memperolehi ‘rating’ yang sangat rendah saban minggu.

Sumber: xsportnews , sport seoul

loading...