Seventeen & NUEST tegaskan tak nak langsung apa-apa habuan daripada peminat melainkan surat saja

NUEST dan Seventeen secara serentak mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima apa-apa habuan daripada peminat melainkan surat saja bermula awal tahun hadapan.

Dipetik daripada kenyataan rasmi agensi kedua-dua kumpulan kpop berkenaan, Pledis Entertainment, sebentar tadi, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan mereka. “Kami akan tunjukkan anda caranya di laman kelab peminat bagaimana mahu menyandarkan sokongan kepada artis masing-masing,” katanya.

Seventeen akan membuat persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2020 nanti dalam rangka siri jelajah konsert ‘Ode To You’.

Sumber: exsportnews

loading...