Kim Jong Hyun (JR) NUEST disyaki telah disailang sehingga menyebabkannya gagal ‘debut’ bersama Wanna One

Perbicaraan mahkamah tentang dakwaan manipulasi undian oleh PD Ahn Joon Young menimbulkan berbagai-bagai spekulasi daripada netizen.

Antaranya ialah apabila dilaporkan bahawa seorang ahli bekas kumpulan Wanna One yang sepatutnya tak terpilih telah ditukarkan kedudukannya  di dalam episod terakhir “Produce 101 Season 2” pada Jun 2017.  Menurut laman komuniti forum ‘DC Gallery’, orang yang menjadi mangsa manipulasi undian tersebut ialah Kim Jong Hyun (JR) daripada kumpulan yang sama dianggotai oleh bekas ahli Wanna One juga, Hwang Minhyun iaitu NUEST.

Kata pengguna forum seperti dipetik, “Bukan syak lagi Kim Jong Hyun ialah pelatih yang disailang peluangnya di dalam episod terakhir “Produce 101 Season 2” pada Jun 2017 yang lalu. Sewaktu ahli-ahli Wanna One mula dipilih, pihak produksi telah mengeluarkan kesemua poster pelatih-pelatih yang akan ‘debut’ bersama Wanna One di laman facebook rasmi mereka dengan ayat tertera, ‘Terima kasih buat semua yang telah menonton rancangan ini,’ disusuli dengan gambar Kim Jong Hyun”.

Tambahnya lagi, “Kami dapati Kim Jong Hyun ialah pelatih yang akan ‘debut’ sekali. Tetapi demi Kim Jong Hyun yang terpaksa tunaikan impiannya sebagai pelatih pada masa itu, peminat tak sanggup untuk mengajukan persoalan itu kepada CJ&ENM. Sekiranya Kim Jong Hyun dapat ‘debut’ bersama Wanna One, sudah pasti mereka terpaksa bayar pampasan bernilai 1 billion won kepada Kim Jong Hyun”. Lazimnya , keuntungan yang diperolehi oleh ahli-ahli Wanna One pada masa itu ditentukan setelah dibahagikan sama rata mengikut perjanjian ditandatangi oleh setiap wakil agensi mereka dengan wakil agensi Wanna One.

Bagaimanapun, spekulasi itu kemudiannya menjurus kepada Ha Sung Woon yang mendapat kedudukan kesebelas di dalam episod terakhir “Produce 101 Season 2”. Ha Sung Woon cuba meredakan ketegangan tentang dakwaan beliau telah menyailang peluang pelatih lain dengan keterangan yang agak ringkas di laman kelab peminatnya.

“Kalau-kalau ianya berlaku…Aku datang ini kerana mungkin korang tengah bimbang tentang keadaanku. Janganlah bimbang walau jua apa yang berlaku,” katanya.

Sumber: the fact, etoday, slist

loading...