IZ*One batal ‘comeback’ selepas bergolaknya berita penangkapan produser siri Produce kerana menipu undian

IZ*One terpaksa membatalkan kemunculan semula dengan pelancaran album studio terbaru, ‘BLOOM*IZ’ yang sepatutnya dijadualkan pada 11 November ini selepas bergolaknya berita penangkapan produser siri Produce X 101 dan Produce 48 kerana telah memanipulasikan undian.

Memetik kata-kata daripada jurucakap agensinya, “Pelancaran ‘showcase’ IZ*One pada 11 November ini dibatalkan serta-merta.”

Off The Record Entertainment membuat pengumuman itu berikutan desakan daripada netizen dan penggiat industri hiburan yang mahukan transparensi dengan ahli-ahli sedia-ada dirombak semula. Selain, IZ*One, X1 juga terpalit dengan desakan tersebut.

Desas-desus bertebaran di laman sosial dengan menamakan beberapa peserta Produce 48 yang hampir merebut kuota 12 ahli terakhir kumpulan tersebut iaitu Han Chowon, Lee Kaeun, Takahashi Juri, Miyazaki Miho, dan Takeuchi Miho. Takeuchi Miho pula meluahkan rasa kecewanya dalam laman twitter miliknya dengan berkata, “Aku terpaksa bekerja kuat untuk ketawa dan ketawa lagi untuk mendapatkan dan memberikan kembali 10 kali kekuatan pada masa hadapan, walaupun ianya hanya tangisan semata-mata.” Manakala, netizen pula seakan-akan menyokong pendapat wartawan Billboard, Jeff Benjamin dengan mengatakan Lee Kaeun sepatutnya berjaya menempatkan dirinya di dalam senarai 12 ahli IZ*One dengan kekuatan kelab peminatnya tersendiri daripada After School tetapi gagal berbuat demikian kerana hanya sekadar terselamat di top 8 Produce 48 bagi setiap episod ditayangkan. Lee Ka Eun mendapat kedudukan no.15 di dalam episod terakhir rancangan tersebut.

Menjelang pelancaran album studio terbaru IZ*One itu, jualan ‘pre-order’-nya dilaporkan sudah laris di Jepun dan China, mengatasi beberapa kumpulan kpop perempuan sedia ada seperti TWICE yang sememangnya dominan di kedua-dua negara tersebut dengan kebangkitan album terbaru mereka, ‘Feel Special’.

Sumber: wikitree , sport chosun , seoul newspaper

loading...