Menurut satu laporan eksklusif pada 7 November, berkemungkinan besar kumpulan X1 yang lahir dari rancangan “Produce X 101” akan menamatkan sesi promosi mereka dengan lebih awal dari yang dijangkakan. Perkara ini berikutan kesemua ahli X1 masih belum menandatangi kontrak eksklusif promosi bersama CJ ENM.
Terdahulu, rancangan Mnet, ‘Produce X 101″ telah mendapat perhatian ramai kerana rancangan tersebut bercadang untuk tandatangan kontrak selama lima tahun bersama para 11 finalis rancangan tersebut. Bagaimanapun, beberapa ketika sesudah tamatnya rancangan itu, ramai yang membangkitkan isu mengenai tuduhan undian peserta diepisod akhir telah dimanipulasikan. Dengan itu, ia telah membawa kepada siasatan pihak polis sepenuhnya.
Satu sumber dalaman menyatakan, “Dengan pihak polis mengambil alih isu kontroversi ini untuk siasatan dan pelbagai tawaran telah dibatalkan, tidak termasuk lagi tentang kesukaran untuk mereka buat penampilan di mana-mana rangkaian serta rancangan, label yang menguruskan X1 buat keputusan yang mana mereka akan menunggu dan pantau keputusan siasatan sebelum menandatangan kontrak. Dalam kes melibatkan IZ*ONE, kesemua ahli kumpulan tersebut tidak menandatangan kontrak eksklusif bersama CJ ENM sehingga masuk bulan ke-6 sesi promosi mereka. Oleh sebab itu, pihak CJ ENM tidak memberikan perhatian khusus kepada X1 kerana mereka menyangkakan kumpulan tersebut akan debut tanpa sebarang kontrak yang sah seperti IZ *ONE.”
Sejak X1 debut pada awal Ogos tahun ini, CJ ENM telah berbincang mengenai beberapa bahagian kontrak ahli-ahli X1 dengan label masing-masing untuk beberapa kali, namun kontrak itu masih belum disediakan sepenuhnya. Tambahan dengan PD rancangan tersebut Ahn Joon Young PD yang kini berdepan dengan pendakwaan dan perbicaraan atas tuduhan menipu serta manipulasi undian, medua menjangkakan X1 akan menamatkan sesi promosi secara berkumpulan lebih awal kerana kumpulan itu dikatakan berkaitan dengan isu yang giat diperkatakan kini.
Sumber dalaman lain memberitahu, “Ahli-ahli X1 dan agensi mereka mengambil serius tentang karier mereka selama 5 tahun akan datang, dan bukannya hanya pada lima tahun mereka sebagai X1. Mereka telah berfikir secara mendalam sama ada meneruskan mempromosi X1 atau tidak. Ahli-ahli X1 juga telah menerima pelbagai komen yang negatif. Ini sesuatu yang sangat serius. Mereka berfikir tentang keputusan yang terbaik untuk X1 dan peminat mereka. Ianya sesuatu yang melegakan kerana mereka belum lagi tandatangan kontrak dengan CJ ENM. Tetapi dari sudut pandangan CJ ENM, seandainya mereka memikirkan tentang apa yang akan mereka perolehi dalam tempoh lima tahun mempromosikan X1, pastinya mereka tidak akan melepaskan X1 dengan mudah. “
Sumber : joynews24 | hankookilbo