WINNER akan kembali jadi pemenang dan bertakhta dihati peminat Malaysia tahun depan, tiket mula dijual 9 Nov ini

Kumpulan WINNER baru sahaja kembali dengan album terbaru berjudul <CROSS> dan mereka juga akan kembali ke Malaysia untuk siri jelajah WINNER [CROSS] TOUR IN KUALA LUMPUR tahun hadapan! Tiket-tiket akan mula dijual secara rasmi pada Sabtu, 9 November!

WINNER yang merupakan salah sebuah kumpulan di bawah YG Entertainment akan memulakan siri jelajah “WINNER [CROSS] TOUR” tidak lama lagi dan Kuala Lumpur akan menjadi salah sebuah destinasi persinggahan  mereka pada 18 Januari 2020, bertempat di Axiata Arena. iMe My, selaku penganjur telah mengumumkan makluman mengenai penjualan tiket dan tiket akan dijual secara atas talian pada 9 November bermula jam 11 pagi dan seterusnya.

WINNER telah debut pada tahun 2013 menerusi rancangan ‘survival’ <WIN> (Who Is Next), dan mereka adalah kumpulan lelaki yang ditubuhkan YG dalam tempoh sembilan tahun selepas BIGBANG debut pada 2006. Kumpulan ini terdiri daripada 4 jejaka iaitu YOON, JINU, HOONY dan MINO.

Album debut kumpulan WINNER iaitu <2014 S/S> telah mengungguli pelbagai carta muzik, bukan sahaja di Korea Selatan, bahkan di seluruh dunia terutamanya dicarta muzik popular seperti Billboard’s World Albums. Mereka kemudian telah meraih kemenangan pertama dirancangan muzik M! Countdown, dan menjadikan menjadikan mereka kumpulan terpantas untuk memenangi anugerah dalam industri KPOP. Selain dari itu, lagu debut WINNER “Empty” telah cipta fenomena apabila berjaya memasuki hampir semua carta dalam rancangan muzik, sekaligus membuktikan populariti mereka walaupun pada hakikatnya mereka baru sahaja debut.

Apabila secara rasminya pengumuman dibuat mengenai siri jelajah “WINNER [CROSS] TOUR” pada September lepas, WINNER telah buat kemunculan semula dengan album terbaru <CROSS> pada Oktober sebagai memenuhi janji terhadap Inner Circle  (nama kelab peminat WINNER) bahawasanya tahun 2019 akan jadi tahun terbaik (The Best Year) untuk mereka.

Album terbaru <CROSS> memuatkan trek lagu berjudul“SOSO” yang mana telah mengungguli banyak carta muzik utama terutamanya di iTunes di 23 wilayah. Album terbaru WINNER itu, dikeluarkan beberapa hari sebelum konsert WINNER [CROSS] TOUR IN SEOUL selama dua hari dan ia merupakan kali pertama lagu “SOSO” dipersembahkan secara langsung pada konsert tersebut. Siri jelajah [CROSS] akan disuntik dengan elemen naik taraf apabila ianya akan diiringi dengan live band agar penonton akan turut sama menikmati sepenuhnya konsert tersebut.

WINNER [CROSS] TOUR IN KUALA LUMPUR dijadual pada 18 Januari 2020 (Sabtu), mulai jam 6 petang dan bertempat di Axiata Arena. Tiket-tiket dijual pada harga RM717 (VIP Zone/ Standing or Seated), RM657 (CROSS Standing Zone), RM587 (CAT 1), RM487 (CAT 2) dan RM287 (CAT 3), tidak termasuk RM4 sebagai caj pemprosesan. Tiket konsert secara rasminya akan mula dijual secara atas talian pada 9 November (Sabtu) mulai 11 pagi menerusi www.ticketcharge.com.my.

Setiap individu dibenarkan untuk membeli sehingga 8 keping tiket seorang setiap kali pembelian. Pemegang tiket VIP layak untuk menebus SATU album <CROSS>. Mereka juga (pemegang tiket VIP) berpeluang untuk memenangi sesi fan signing yang diadakan di Malaysia yang mana pemenang akan dipilih secara rawak. Kelebihan esklusif ini pastinya sesuatu yang mana setiap Inner Circle idamkan dan sanggup buat apa saja dapatkannya!

Pihak penganjur, iMe MY juga menggesa para peminat untuk tidak membeli tiket dari mana-mana pihak ketiga atau mereka yang menjual semula tiket untuk mengelakkan daripada membeli tiket palsu. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, dan sesi fan signing sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia. .Pastikan anda dapatkan tiket masing-masing pada 9 November ini!

Gambar-gambar konsert diambil ketika WINNER [CROSS] TOUR in SEOUL pada 26 & 27 Oktober lepas