Lee Kyu Hyung sedang meniliti tawaran lakonan diberikan kepadanya untuk membintangi drama tvN ‘Goodbye Mom’ bersama Kim Tae Hee. Kedua-duanya masih mempertimbangkannya secara positif sekali.
tvN Goodbye Mom ialah berkisarkan tentang roh seorang wanita yang baru meninggal dunia dan diberi peluang semula selama 49 hari untuk menebuskan segala apa yang tak tertunainya selama ini. Lee Kyu Hyung akan membawa watak Cho Kang Hwa seorang pakar bedah merangkap suami kepada watak lakonan Kim Tae Hee, Cha Yuri. Cha Yuri merupakan seorang graduan dalam pembuatan kraf tangan dan memiliki bengkelnya tersendiri. Cha Yuri akhirnya berkahwin dengan Cho Kang Hwa dan diminta untuk tidak bekerja, seterusnya menjadi surirumah sepenuh masa. Pada hari kematiannya, Cha Yuri mengambil keputusan untuk bekerja semula dan terbabit dalam satu kemalangan sehingga meragut nyawanya. Roh Cha Yuri kemudiannya diberi peluang berlegar-legar di dunia fana ini selama 49 hari.
Sekiranya Lee Kyu Hyung menerimanya, ini merupakan lakonan pertama beliau sebagai hero drama bersama-sama dengan pelakon ternama, Kim Tae Hee. Pelakon yang pernah tercalon Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards menerusi tvN Prison Playbook ini kali terakhir dilihat membintangi drama SBS Doctor John di samping Ji Sung pada beberapa bulan yang lalu.
tvN Goodbye Mom bakal mendapat sentuhan sutradara Yoo Won Son (“tvN Oh My Ghost”,”tvN 100 Million Stars Falling From The Sky”) dan penulis skrip Kwon Hye Ju (“KBS Go Back Couple”) untuk menerajui projek ini. Ia bakal dijadualkan siaran pada awal Januari depan sejurus selepas drama tvN Crash Landing of Love tamat ditayangkan.
Sumber: sport donga, IS Plus