Siapakah gerangannya kumpulan trio Boys Da Capo ini?

Mungkin ramai tak tahu, AB6IX bakal mempunyai “adik” baharu yang direkruit daripada rancangan ‘Produce X 101’.

Boys Da Capo (BDC), trio rookie baru daripada Brands New Music yang juga merupakan syarikat hiburan yang mengelolakan AB6IX. BDC yang sangat teruja untuk debut mereka kali ini selepas berjaya mengharungi liku-liku program survival iaitu ‘Produce X 101’ yang banyak mengajar mereka bagaimana untuk berkelakuan seperti idol dan memperbaiki cara nyanyian serta persembahan mereka.

BDC yang baru debut pada 29 Oktober 2019 terdiri daripada Kim Si Hun, Hong Seong Jun dan Yun Jung Hwan. Kim Si Hun memberitahu bahawa lagu debut ‘Remember Me’ adalah untuk peminat mereka mengingati mereka dan masa-masa indah mereka. Yoon Jung Hwan pula menerangkan lagu ‘Da Capo’ ini mengandungi lirik yang bertujuan untuk berterima kasih kepada peminat mereka yang sudi menyokong mereka semasa Produce X 101, sepanjang mereka menjadi pelatih dan sehingga mereka debut.

Jangan lupa dengar lagu debut mereka! Teruskan menyokong BDC dan Brand New Music!

loading...