Lee Jae Wook & Moon Jung Hee sah sertai Park Min Young & Seo Kang Joon di dalam jtbc “I’ll Go to You When the Weather Is Nice”

Dari kiri: Lee Jae Wook, Park Min Young, Seo Kang Joon dan Moon Jung Hee

Lee Jae Wook telah bersetuju membintangi drama terbaru terbitan jtbc yang juga akan menggandingkan Park Min Young dan Seo Kang Joon bersama. Turut sama membintangi drama ini ialah Moon Jung Hee.

jtbc “I’ll Go to You When the Weather Is Nice” (tajuk yang diterima setakat ini) yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, berkisarkan tentang seseorang lelaki yang hanya pandai mengusahakan kedai buku ‘Goodnight Bookstore’ tapi lama-kelamaan tidak mudah menyembunyikan perasaan cintanya apabila bertentang mata dengan gadis yang memasuki kedainya buat kali pertama. Seo Kang Joon akan membawakan watak sebagai Lim Eun Seob, seorang yang kitaran hidupnya mudah saja dengan hanya bangun pagi, minum kopi sambil membaca buku selain mengemaskini blognya tiap-tiap hari. Manakala, bakal surihatinya pula, Mok Hye Won, bakal dilakonkan oleh Park Min Young yang merupakan seorang bekas pemain muzik celo yang mengambil keputusan kembali ke kampungnya semula untuk mengajar anak-anak muda. Mok Hye Won telah tertutup hatinya akibat insiden memalukan pada suatu masa lalu di Seoul di mana orang ramai pernah mengecam kemahirannya bermain celo.

Lee Jae Wook pula ditawarkan watak sebagai rakan kepada Lim Eun Seob, seorang yang begitu bangga dengan kehidupan yang dimilikinya seperti yang dikehendaki oleh ibubapanya juga. Manakala, Moon Jung Hee akan melakonkan watak Sim Myung Yeo, makcik kepada Mok Hye Won, seorang yang hebat sebagai novelis ketika dia masih muda, tetapi sanggup berpatah balik ke kampungnya semula bagi memelihara satu-satunya anak saudaranya yang tersayang.

Ini merupakan drama pertama Park Min Young dan Seo Kang Joon masing-masing selepas tvN Her Private Life dan OCN Watcher. Manakala, Lee Jae Wook dan Moon Jung Hee masing-masing dikenali di dalam MBC Extraordinary You dan SBS Vagabond yang sedang hangat ditayangkan sekarang.

Han Ji Seung (“OCN Mistress”,”SBS Alone in Love”) akan memacu tugas pengarah drama ini sambil dibantu oleh penulis skrip ‘rookie’ Han Ga Ram yang akan mengadapatasikan novel nukilan Lee Do Woo. Jika tiada aral yang melintang, jtbc “I’ll Go to You When the Weather Is Nice” akan ditayangkan menjelang Februari 2020 depan.

Sumber: tv report 1, tv report 2, money today, OSEN

loading...