Lagu yang pernah dicipta oleh IU dengan membayangkan Sulli sebagai orangnya, tertular semula sejak semalam. Sulli dilaporkan meninggal dunia semalam akibat membunuh diri.
Lagu berjudul ‘Peach’ yang dimuatkan dalam album ‘The Spring of Twenty’ pada tahun 2012 itu adalah berkisarkan tentang kisah hidup Sulli. Seperti dipetik daripada temubual bersama IU sewaktu pelancaran album berkenaan, IU berkata, “Saya menulis lirik tentang Sulli daripada perspektif seorang lelaki.”
Dalam MBC Radio Star pula, Sulli mengaku memang IU ada menulis lagu itu bagi pihak dirinya. “Kami mengendalikan ‘music show’ bersama, dan dia ada bagitahu dia akan menulis satu lagu untuk saya. Peminat panggil saya pic (“peach”), maka bila saja lagu itu keluar, saya tanya betulkah lagu itu pasal saya dan IU teruskan mengesahkannya.”
Selain ‘Peach’, IU juga dikatakan menuliskan lagu ‘Red Queen’ buat Sulli. Kedua-dua lagu tersebut telah pun tertular semula sejak semalam dengan ‘Peach’ mendaki pada kedudukan no.29 dan no.18 masing-masing di dalam carta Melon dan Genie disebabkan peningkatan daripada data penstriman. Kali terakhir mereka dipertemukan bersama di depan khalayak ramai adalah menerusi drama tvN Hotel del Luna, di mana Sulli menuruti kehendak IU untuk muncul secara ‘cameo’ buat pertama kali sejak membintangi drama SBS To The Beautiful You pada tahun 2012.
Sementara itu, Kakao M dilaporkan akan menangguh pelancaran album terbaru IU yang dijaduakan pada 1 November ini. Jurucakap agensi itu berkata, ” Album kelima IU, ‘Love Poem’ terpaksa ditangguhkan dan akan dimaklumkan kemudian”. Walaupun tidak diberitahu sebabnya, khabarnya penangguhan itu untuk memberi laluan kepada IU untuk berkabung dan memberi penghormatan terakhir buat rakannya itu. IU dijangka akan menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali sejak bergelar penyanyi untuk konsert jelajah mega seterusnya.
Sumber: newsen , break news, metro uk