Song Ji Hyo ambil keputusan tinggalkan agensinya selepas tamat kontrak

Song Ji Hyo ambil keputusan untuk bawa haluannya sendiri selepas kontraknya tamat.

Pada 30 September, wakil dari MY Company mendedahkan, “Sehingga 30 September 2019, tugas kami dalam menguruskan kerjaya Song Ji Hyo telahpun berakhir.”

Song Ji Hyo telah bersama dengan MY Company sejak Disember 2016. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh pengurus yang telah menguruskan Song Ji Hyo selama 10 tahun. Selain Song Ji Hyo, adiknya dan pelakon Chun Sung Moon juga diuruskan oleh agensi yang sama. Song Ji Hyo menolak untuk memperbaharui kontraknya dan berhasrat untuk mencari pengalaman yang baru.

Song Ji Hyo kini sedang menjalani pengambaran filem terbarunya “Daughter.”

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Song Ji Hyo dan nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber :  Naver

Photo credit as appeared

loading...