Nampaknya ramai penyanyi menginginkan peluang untuk berkoloborasi bersama penyanyi IU yang sangat berbakat. Terbaru, Chen EXO juga menyatakan impian yang sama.

Chen telah diundang sebagai tetamu bagi rancangan SBS PowerFM’s “Choi Hwa Jung’s Power Time” pada 4 Oktober.

Semasa siaran radio bagi rancangan tersebut ke udara, seorang pendengar telah menghantar pesanan berbunyi, “ Saya rasa suara Chen  sangat sesuai dengan IU. Tolonglah berkoloborasi bersamanya. Chen kemudian mempamerkan reaksi yang gembira terhadap pesanan tersebut dan berkata, “Komen yang inu adalah sesuatu yang saya harapkan jadi kenyataan.”

Chen terus menunjukkan kekagumannya terhadap IU sebagai rakan penyanyi dan  berkata, “Semasa saya mempersiapkan untuk lagu-lagu solo saya, saya banyak mendengar lagu IU banyak dan menyanyikannya semula sebagai latihan.” Chen juga pernah memuatkan video nyanyiannya yang menyanyikan semula (cover) lagu IU berjudul “Through the Night” diakaun Youtube peribadinya pada awal tahun ini.

Chen baru sahaja meriliskan lagu solo terbarunya yang berjudul  “Shall We?” pada 1 Oktober lepas dan kini sedang sibuk menjalani aktiviti promosi.

Jom saksikan MV terbaru dari Chen,

Apakah anda semua inginkan koloborasi antara mereka menjadi kenyataan? Bagi penulis, ya. Teringin benar nak dengarkan paduan suara mereka berdua ini. Sama-sama kita nantikan ya!

Sumber : Naver