Media mula memperkatakan kembali gambaran pembunuh bersiri Hwaseong yang telah menggerunkan rakyat Korea pada sekitar 1980-an setelah polis menemui suspeknya kelmarin. Suspek yang dikesan itu berusia 50-an yang sedang menjalani hukuman penjara kerana merogol dan membunuh adik iparnya pada tahun 1994. Pembunuhan bersiri Hwaseong terhenti sepenuhnya pada tahun 1991 barangkali disebabkan suspek telah ditangkap atas kes tak berkenaan selepasnya.
Di dalam filem Memories of Murder, arahan Bong Joon Ho, pada tahun 2003, Park Hae Il dijadikan salah satu suspek pembunuh bersiri tersebut apabila kedua-dua detektif lakonan Song Kang Ho dan Kim Sang Kyung berganding bahu kerana mahu menangkapnya dengan segera. Namun kejutan berlaku pada saat-saat akhir apabila mereka terpaksa melepaskan Park Hae Il juga. (Penulis beranggapan jika anda boleh menonton lagi, sila lakukan sekarang!)
Kelibat pelakon Park Hae Il yang digambarkan sebagai suspek meninggalkan kesan menakjubkan ke atas penonton disebabkan visualnya yang mengancam tetapi mempunyai tabiat yang gila seks dan kejam terhadap mangsa. Pengarah Bong Hoon ho pernah menggelarkan pelakon itu sebagai “Penyumbangleweng Berbau Sabun” menjelaskan karisma yang ada pada pelakon itu di sebalik ketampanan yang dimilikinya.
Walaupun media belum mendedahkan lagi wajah sebenar suspek pembunuhan bersiri Hwaseong tersebut ketika dirinya masih muda, namun gambaran itu dikatakan agak kena dengan apa yang dibayangkan ke atas watak lakonan Park Hae Il selama ini.
Sumber: hankookilbo , heraldpop