Jungkook BTS didakwa telah tertawan hatinya dek terkena panahan gadis cantik dari kepulauan Geoje?

Netizen semacam begitu rakus untuk menyelongkar siapakah wanita yang dikatakan telah menjadi suri hati buat Jungkook, ahli BTS paling muda ini.

Laman-laman forum seperti Nate dan DCGallery semakin galak menyebarkan beberapa buah foto didakwa sebagai kekasih kepada maknae BTS tersebut. Walaupun tak dapat disahihkan kebenarannya, antara maklumat yang diperolehi ialah gadis itu bernama Lee Mi Joo, bergaya seperti lelaki sehingga dituduh sebagai ‘biseksual’ oleh sebilangan netizen dan tinggal di kepulauan Geoje.

Jungkook dikatakan telah pergi bercuti ke pulau tersebut dan telah dilayan dengan baik oleh gadis tersebut. Beberapa fotonya bergelak tawa dan makan bersama gadis tersebut dapat dicapai di laman forum-forum berikut. Berdasarkan pengamatan oleh netizen, Jungkook  telah mencorekkan tatu istimewa  ‘A.R.M.Y’  di lengannya sejak berjumpa dengan gadis tersebut yang merupakan pembuat tatu.

Walaubagaimanapun, sebilangan netizen lain pula menyangkal dakwaan Jungkook mempunyai hati terhadap gadis tersebut. Tambah mereka lagi, Jungkook mempunyai kenalan rapat di kepulauan Geoje yang membuatkan dia dan keluarganya bertandang ke situ untuk bercuti.

Sehingga kini Big Hit belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesahkan skandal berkenaan.

Sumber: nate

loading...