Park Seo Joon tetamu tampan dan perkasa yang terakhir untuk “Three Meals a Day: Mountain Village”

Park Seo Joon akan jadi tetamu untuk rancangan popular tvN “Three Meals a Day: Mountain Village“. Sesuatu yang mengujakan, apabila jejaka kacak datang untuk membantu 3 wanita cantik untuk tugas-tugas seharian.

“Three Meals A Day” musim yang terbaru disertai oleh tiga wanita, iaitu Yum Jung Ah, Yoon Se Ah, dan Park So Dam. Sekaligus, memecah tradisi musim-musim sebelumnya yang diterajui oleh tiga lelaki.

Pada 11 September, sumber dari agensi Park Seo Joon; Awesome ENT menyatakan kepada MK Sports, “Dia telah dijemput sebagai tetamu terakhir bagi musim yang terbaru itu. Pada pengetahuan saya, dia telah pun menjalani pengambaran baru-baru ini.”

Yoon Se Ah bagaimanapun telah berkongsi gambar ketiga-tiga peserta tetap rancangan tersebut bersama dengan Park Seo Joon berserta #hashtag “Three Meals a Day.” Secara tidak langsung, ia meyakinkan bahawa benarlah Park Seo Joon akan menjadi tetamu bagi rancangan tersebut.

View this post on Instagram

#삼시세끼

A post shared by 윤세아 (@loveyoonsea) on

Jangan lupa saksikan “Three Meals a Day” setiap Sabtu jam 9.30 malam di tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211. Bagaimana aksi Park Seo Joon dalam menjadi lelaki perkasa untuk membantu tiga wanita tersebut.

Terkini, Park Seo Joon dalam proses menjalani pengambaran drama terbarunya “Itaewon Class” untuk siaran JTBC.

Sumber : sports.mk