Demi memastikan yang terbaik, Kim Yo Han X1 tercedera semasa rakaman “M Countdown”

Salah seorang ahli kumpulan X1, Kim Yo Han berdepan dengan kecederaan semasa rakaman untuk rancangan “M Countdown”.

Pada awal pagi 29 Ogos, portal berita Newsen melaporkan kaki Kim Yo Han terseliuh semasa sesi rakaman berlangsung telah dikejarkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Oleh yang demikian, proses rakaman terpaksa dihentikan buat sementara. Namun, selepas mendapatkan rawatan, Kim Yo Han kembali untuk menyelesaikan proses rakaman yang terhenti.

Agensinya Swing Entertainment mendedahkan, “Kim Yo Han kembali semula ke set rakaman ‘M Countdown’ kerana dia merasakan dia perlu berdiri di atas pentas debutnya demi kesungguhan peminat yang telah menunggunya sedari awal. Kami juga akan memantau keadaanya dari masa ke semasa dengan mendapatkan rawatkan susulan di hospital selepas ini.”

Kumpulan X1 baru sahaja meriliskan album debut mereka berjudul “Quantum Leap,” pada 27 Ogos dan mereka kini dalam persediaan untuk mempromosikan secara rasmi sebuah trak lagu berjudul “Flash” yang dimuatkan dalam album tersebut.

Apapun, semoga cepat sembuh Kim Yo Han! Sebelum itu, saksikan persembahan X1 di ‘M Countdown’

Sumber : Newsen 

loading...