12 drama Korea terbaru ini akan mengisi slot tayangan sepanjang September 2019

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

September is coming guys! Macam biasa, kami kongsikan beberapa drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang September ini. Fuuh, dah berapa banyak drama korang tengok tahun ni ye?

Ada 12 buah drama terbaru Korea yang mungkin akan menjadi kegemaran korang untuk ditonton. Apapun, let’s check it out drama-drama yang bakal jadi perhatian korang.

1. Arthdal Chronicles (Part 3)  (Netflix)

Bahagian ketiga dan terakhir drama “Arthadal Chronicles” , iaitu “Arth: The Prelude to All Legends” akan bersiaran mulai 7 September ini.

“Arthadal Chronicles” ini  ditulis bersama oleh Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah  “The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”. Drama ini diarahkan oleh pengarah (PD) Kim Won Suk, yang pernah mengarahkan  “Incomplete Life (Misaeng),” “Signal,” dan “My Ahjussi.” Drama ini dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion).

“Arthadal Chronicles” adalah sebuah drama fantasi peredaran masa  yang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon. Ia menceritakan, bagaimana pejuang di tanah Arth berjuang untuk melindungi suku kaum masing-masing. “Asadal Chronicles” akan disiarkan dalam tiga siri yang setiapnya mengandungi enam episode. Bahagian pertama dan kedua dinamakan  “The Children of Prophecy” dan “The Sky Turning Inside Out, Rising Land,” yang mana akan bersiaran secara menerus sepanjang bulan Jun sehingga Julai. Bahagian ketiga “Arth: The Prelude to All Legends” akan disiarkan di sebelum berakhirnya tahun 2019. Dua bahagian pertama bertujuan untuk membina minat penonton dalam siri ini dengan memperkenalkan watak-watak. Manakala bahagian ketiga dan terakhir akan memberi tumpuan kepada titik perubahan kepada watak-watak utama.

Song Joong-ki sebagai Eunseom, satu watak yang gigih berlawan untuk melindungi puaknya sendiri. Dia mungkin kelihatan baik, tetapi tidak teragak-agak bertukar menjadi agresif ketika beliau cuba untuk melindungi sukunya dari musuh asing. Sementara itu, Jang Dong-gun pula memainkan  watak Tagon, anak pemimpin  dari Suku Saenyeok. Walaupun sangat berkarisma dan berbakat, Tagon sangat berbahaya kerana dia sebenarnya ingin menjadi raja pertama di Asadal dengan apa cara sekalipun.

Kim Ji-won dan Kim Ok-bin masing-masing membawakan watak sebagai Tanya dan Taealha. Tanya adalah tunjang utama puak Wahan yang menyedari takdirnya untuk menjadi seorang pemimpin dan melindungi dirinya sendiri. Manakala Taealha digambarkan sebagai wanita paling cantik di Arthdal dan seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk berkuasa.

Drama “Arthadal Chronicles” bahagian 3 akan mula bersiaran 7 September ini sebanyak enam episode menerusi  capaian Netflix setiap Sabtu dan Ahad pada jam 21.00 KST. Penonton di Asia boleh menonton drama ini selepas satu jam tayangannya di Korea.

2. Flower Crew: joseon marriage agency

JTBC ‘Flower Crew: Joseon Marriage Agency’ diadaptasikan daripada novel yang dikarang oleh Kim Il Rang pada tahun 2014 dengan tajuk yang sama. Secara ringkas, jalan ceritanya mungkin saduran silam kepada filem ‘Cyrano Agency’ lakonan Lee Min Jung dan Park Shin Hee,di mana ia berkisarkan tentang agensi cari jodoh yang ditubuhkan tiga orang jejaka bagi memenuhi impian pelanggan mereka yang mahu mencari jodoh pilihan berdasarkan kriteria tersendiri.

Lee Soo (bakal dilakonkan oleh Seo Ji Hoon) bekerja sebagai seorang tukang besi di pekan sebelum tidak semena-mena bergelar raja Joseon pada usia 23 tahun. Disebabkan baginda dinaikkan sebagai raja, maka baginda mesti menjadikan bakal isterinya dari kalangan golongan bangsawan. Tapi, baginda mempunyai seorang kekasih hati yang dicintainya sebelum bergelar raja iaitu Gae-Ddong. Oleh itu, Lee Soo mempergunakan agensi cari jodoh, ‘Flower Crew Marriage Agency’ yang dipelopori oleh tiga orang jejaka kacak : Ma Hoon, Do Joon dan Ko Young Soo bagi menaikkan status ‘Gae-Ddong’ sebagai bangsawan dan diterima oleh rakyat umumnya sebagai seseorang yang memiliki keperibadian yang baik dan merendah diri. Kim Min Jae ditawarkan watak Ma Hoon manakala Park Ji Hoon dan Byeon Woo Seok akan memegang antara baki watak seterusnya.

JTBC ‘Flower Crew: Joseon Matchmaking Maneuver Agency’ mendapat sentuhan dari penulis Kim Yi Rang dan diarahkan oleh PD Kim Ga Ram yang pernah menghasilkan drama “Devilish Joy” dan “Vampire Detective”. Drama ini dijangka menemui penonton pada 16 September menerusi siaran JTBC.

3. When The Camellia Blooms (KBS)

KBS “When Camellia Flower Blooms”/”When The Camellia Blooms” yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki. Manakala, Kang Ha Neul pula akan memangku jawatan polis yang ditempatkan di kawasan kejiranan kecil di dalam drama ini, seorang yang agak jujur, setia, bertimbang rasa tapi tak begitu sesuai untuk dijadikan teman lelaki. Berdasarkan penampilan ini, Kang Ha Neul mungkin memenuhi kriteria lelaki nombor satu (1).

Kim Ji Suk pula akan memegang watak pemain bola besbol yang terkenal bernama Kang Jong Ryeol dan terpalit dengan skandal bersama selebriti media sosial, Jessica (lakonan Ji E Suu). Perwatakan Kang Jong Ryeol di luar lensa kamera adalah lain daripada apa yang digambarkan di dalam kaca tv. Beliau mungkin memenuhi kriteria lelaki no.2. Dan terakhir sekali, lelaki nombor tiga mungkin bakal dilakonkan oleh Lee Sang Yi sebagai bekas pemain besbol, Yang Seung Yeop. Sejak berhenti bermain besbol sepenuh masa, Yang Seung Yeop berkhidmat sebagai jurulatih sukan besbol di sekolah rendah.

Selain keempat-empat mereka, turut menyertai drama ini termasuklah Go Du Shim manakala Oh Jung Se dan Yum Hye Ran pula berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai kerenah mereka tersendiri di kejiranan tersebut.

PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too? akan mengarahkan drama ini dan bekerjasama dengan penulis skrip Im Sang Choon (“KBS Fight My Way”) untuk tayangan slot drama KBS pada 18 September 2019 nanti. Apakah drama ini akan turut ditayangkan menerusi Astro KBSW? Sama-sama kita nantikan.

4. Secret Boutique (SBS)

SBS “Secret Boutique” adalah sebuah drama mengenai kuasa dan dendam sepanjang pembukaan bandar baru. Selain itu, ia turut menceritakan kisah kehidupan seorang wanita yang menjadikan kuasa dan wang ringgit sebagai kekuatan untuk bertahan.

Kim Sun Ah akan membawakan watak Jenny Zhang, seorang wanita miskin yang dulunya bekerja di rumah mandi dan kini seorang pelobi yang berkuasa serta pemilik J-Boutique. Jenny Zhang digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai perwatakan yang complex, elegan, pakar dalam perniagaan, dan ketua dalam bayangan apabila melibatkan beberapa aktiviti rahsia. Butiknya mungkin kelihatan seperti kedai biasa dari luar, tetapi sebenarnya ia berfungsi sebagai lokasi firma undang-undang yang menyelesaikan kes-kes yang melibatkan golongan atasan.

Ryu Seung Soo pula membawakan watak sebagai Cha Seung Jae, pengarah bahagian urusan khas di pejabat pendakwa. Melalui perkahwinan yang telah diatur, Cha Seung Jae berkahwin dengan anak sulung pemilik Deo Company, Wee Ye Nam (Park Hee Bon),seolah seperti Cinderella versi lelaki.  Walaupun dibesarkan dalam keadaan yang sederhana namun cita-citanya kiam mengembang tambahan dia telah menyertai keluarga mertua yang sangat berpengaruh dan kaya.

Pelakon veteran Jang Min Hee ditawarkan watak Kim Yeon Ok yang berazam untuk menjadi CEO syarikat Deo Foundation akan bergaduh dengan syarikat kelolaan Jenny Zhang disebabkan insiden melibatkan ibu  Go Min Si (Hyun Ji). Wu Ye Nam sangat mengagumi Jenny Zhang apabila menyedari wanita itu pernah hidup susah sebelum ini.

SBS “Secret Boutique” ditulis oleh Hyun Sun Hee dan diarahkan oleh Park Hyung Ki (“SBS Scent of Women”). Drama ini bakal bersiaran mulai 18 September depan dirangkaian SBS bagi menggantikan drama “Doctor Detective”. “Secret Boutique” akan ditayangkan di One TV Asia Ch 393 bagi mengisi slot drama Khamis – Jumaat pada jam 8.15 malam mulai 19 September.

5. Running Investigators / The Defender: Human Rights

“The Defender: Human Rights” bukanlah cerita mengenai pendakwaraya, peguam atau detektif, tetapi mengenai pemeriksa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Drama ini adalah adaptasi dari koleksi cerita pendek terbitan penulis  Song Shi-woo dengan tajuk yang sama dan dikeluarkan pada tahun 2015.

Drama ini menyoroti kehidupan para penyiasat yang berjuang melawan ketidakadilan, dan mempertahankan mereka yang tidak terdaya akibat pencabulan hak asasi manusia. Antara kisah-kisah yang dihidangkan dalam drama ini adalah kes bertaraf biasa namun pihak berkaitan tidak membantu untuk menyelesaikannya. Dalam pada itu, produksi drama ini berharap kisah ini dapat memberi gambaran sebenar bahawa setiap orang mempunyai hak untuk hidup dan dihormati sebagai manusia.

Lee Yo Won membawakan watak Han Yoon Seo, seorang penyiasat jawatankuasa hak asasi manusia. Beliau seorang pekerja yang berpegang pada prinsip, tegas dan bekerja dengan penuh teliti untuk mendapatkan fakta. Walau bagaimanapun, Yoon Seo sering dilabelkan sebagai seorang yang dingin dan kurang rasa empati kerana mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah akibat daripada trauma masa lampau yang tidak dapat dizahirkan.

Choi Gwi Hwa pula akan mengambil peranan Bae Hong Tae, seorang bekas pendakwaraya yang ditugaskan ke Jawatankuasa Promosi Hak Asasi Manusia. Beliau mula bekerja sebagai penyiasat dalam jawatankuasa itu. Hong Tae adalah seseorang yang tidak boleh bertolak ansur dengan ketidakadilan. Kerana keyakinannya yang kuat, beliau ke depan untuk mempertahankan mereka yang ditindas. Selain itu, Hong Tae tidak percaya bahawa undang-undang boleh menyelesaikan segala-galanya.

Jang Hyun Sung (lakonan Kim Hyun Seok) merupakan pengarah Jawatankuasa Promosi Hak Asasi Manusia yang dahulunya penuh semangat dalam menunaikan tugasannya. Namun tidak lagi kini kerana beliau hanya mengamalkan ‘play safe’ sebagai langkah menyelematkan diri segala hal. Oh Mi Hee pula akan memainkan peranan An Kyung Sook, pengerusi Jawatankuasa Promosi Hak Asasi Manusia.

Biarpun Bae Hong Tae dan Han Yoon Seo berbeza personaliti namun keduanya saling memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah. “The Defender: Human Rights”  akan diarahkan oleh PD Kim Yong Soo, yang mencipta “seni” dari gaya pengarahnya dan pengeluaran imej emosi, yang sebelum ini pernah menghasilkan “White Christmas” (KBS2), “The Blade And Petal”, “Man From The Equator”dan “Iron Man”. Manakala skrip akan dihasilkan oleh penulis baru Baek Jung Chul dan dengan kerjasama penulis asal. Drama ini akan bersiaran dirangkaian OCN mulai 18 September depan.

6. Pegagus Market / Cheap Cheonlima Mart (tvN)

tvN “Pegasus Market” adalah drama yang diadaptasi dari webtoon popular dengan judul yang sama. Drama ini tentang pekerja adalah raja di mana ia menceritakan kisah pekerja disebuah kedai yang semakin merudum di mana pengurusnya ingin membangunkan semula kedai tersebut, namun bos baru pula yang digelar “human bulldozer” cuba merosakkan kedai tersebut untuk membalas dendam.

Lee Dong Hwi akan memegang watak Moon Seok Gu, seorang pengurus kedai yang ingin menjadikan Pegasus Market sebagai kedai No.1. Walaupun kelihatan kurang bijak, namun dia bercita-cita untuk menjadi pekerja di ibu pejabat Daema Group dengan menghidupkan semula Pengasus Market.

Kim Byung Chul pula membawakan peranan sebagai seorang boss yang genius, Jung Bok Dong, di mana dia cuba untuk membalas dendam terhadap Daema Group dengan memusnahkan Pegasus Market. Pada salnya, Jung Bok Dong adalah lembaga pengarah di Daema Group dan mendapat kepercayaan dari CEO kerana visinya jelas selain personalitinya yang perfectionist. Namun, tiba-tiba dia diturunkan pangkat dan menjadi bos Pegasus Market. Jung Bok Dong cuba menjatuhkan kedai tersebut dengan mengupah orang yang gagal dalam hidup dan tidak punya peluang untuk berkerja di mana-mana.

Park Ho San akan akan bertukar menjadi Kwon Young Koo, seorang pengarah eksekutif di Daema Group yang mengimpikan untuk menjadi orang nombor 1 namun selalu ditewaskan oleh Jung Bok Dong. Kwon Young Koo takut sekiranya Jung Bok Dong mengetahui akan penglibatannya dalam kes menggelapkan wang dan mengelak dari membayar cukai melalui Pegasus Market. Karakter Park Ho San digambarkan sebagai penambah perasa ketegangan kepada drama ini kerana dia cuba untuk menghalang Jung Bok Dong kembali ke ibu pejabat Daema Group.

Pelakon veteran Lee Soon Jae akan memegang peranan sebagai CEO Daema Group, Kim Dae Ma. Jung Hye Sung pula sebagai ketua pasukan Jo Mi Ran, yang dihantar ke Pegasus Market atas arahan Kwon Young Joo untuk mengawasi Jung Bok Dong.

Drama ini akan diarahkan oleh Baek Seung Ryong, yang sebelum ini pernah menghasilkan rancangan variety dan drama seperti “Surplus Princess,” “Actor School,” dan “Saturday Night Live Korea”. “Pegasus Market”  boleh ditonton menerusi aplikasi K-Plus dan siaran perdananya akan ditayangkan pada 21 September, setiap Sabtu pada jam 8.00 malam (my/ph) | 7pm (id) dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea.

7. Vagabond (SBS) & (Netflix) 

“Vagabond” adalah sebuah drama yang bertemakan perisikan, mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Drama ini dilakonkan oleh Lee Seung Gi, Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jeong Hee, Jeong Man Sik dan ramai lagi.

Lee Seung Gi  memegang watak sebagai Cha Gun seorang stuntman. Cha Gun seorang yang sangat yakin diri, bermuka tembok dan mempunyai 18 tali pinggang hitam dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Selepas tertangkap dalam insiden kemalangan pesawat yang tidak terjangka itu, dia nekad mengharunginya untuk mencari kebenaran disebalik konspirasi mengenai kemalangan itu.

Suzy pula memegang peranan sebagai ejen Perisikan Kebangsaan, Go Hae Ri. Beliau memutuskan untuk menjadi pegawai awam tahap 7 selepas kematian bapanya untuk menyara ibu dan adik lelaki yang tidak mengetahui betapa kejamnya dunia ini. Walaupun Go Hae Ri ingin bekerja sebagai white agent (seseorang yang bekerja secara terbuka sebagai ejen NIS), akhirnya beliau menjadi salah seorang black agent  (di mana dalam NIS mereka akan berada dalam bahagian pengintipan dan identiti mereka perlu dirahsiakan) melalui satu siri konspirasi.

Shin Sung Rok akan menjadi pengarah NIS (agen perisikan negara) bernama Kim Tae Woong yang akan menampilkanCha Gun sebagai salah seorang agen tersebut. Ditulis oleh Jang Young Cheol (“MBC Empress Ki”, “SBS History of Salaryman”) iaitu penulis skrip yang pernah berkolaborasi dengan pengarah Yu In Sik sebelum ini.

“Vagabond”  menelan belanja sebanyak 20 billion won (lebih kurang RM 72 juta) yang diarahkan oleh pemenang Best Director Paeksang Art Awards 2017, Yu In Sik dan ditulis oleh Jang Young Cheol (“MBC Empress Ki”, “SBS History of Salaryman”). Yu In Sik telah diakui sebagai pengarah yang mahir dalam aksi ‘suspens’ dan mendebarkan seperti beliau lakukan di dalam drama perubatan, SBS Romantic Doctors Teacher Kim dan drama aksi kepolisan, SBS “Mrs. Cop”. 

Drama ini bagaimanapun telah diperam agak lama dan terbaru apabila ia melibatkan penyiaran drama ini antara SBS dan Netflix.

“Vagabond” boleh ditonton menerusi rangkaian SBS dan Netflix mulai 20 September depan, setiap Jumaat dan Sabtu jam 10pm KST.  Peminat di Malaysia boleh menonton selepas 1 jam tayangannya di Korea.

8. Miss Lee (tvN)

drama tvN “Miss Lee” adalah sebuah draama komedi pejabat tentang mereka yang berjuang untuk ‘survive’ di sebuah syarikat elektronik kecil yang berada dalam bahaya dan berdepan dengan status bankrap. Ia diarahkan oleh Han Dong Hwa (“Skuad 38,” “Bad Guys 2”) dan ditulis oleh Park Jung Hwa.

Hyeri memainkan watak pekerja yang berdedikasi, Lee Seon Shim, yang menjadi dipilih sebagai CEO ketika syarikat tersebut hampir bangkrap dan tambahan dia tidak mempunyai kelayakan untuk posisi itu. Drama ini akan menyoroti perkembagan watak Lee Seon Shim yang optimistik biarpun berdepan dengan cabaran yang besar.

Kim Sang Kyung pula mengambil alih peranan sebagai Ketua Jabatan Yoo Jin Wook, seorang yang begitu ‘realistic’ tentang kehidupan. Merupakan mentor kepada Lee Seon Shim dan seringkali membantu serta membimbingnya untuk menjadi lebih matang.

Uhm Hyun Kyung memegang watak Goo Ji Na, ketua unit perakaunan yang cantik dan bercita-cita tinggi. Seringkali menggunakan kelebihannya untuk membuat syarikat akur dengan kata-katanya dan Goo Ji Na akan memberi impak besar  dalam kehidupan Lee Seon Shim.

Cha Seo Won memainkan watak Park Do Joon, seorang lelaki dingin namun memiliki semangat keadilan dan merupakan ketua pasukan perbangunan di TM Electronics. Kim Eung Soo sebagai Oh Man Bok, presiden syarikat tersebut, dan Baek Ji Won sebagai Choi Young Ja, seorang ketua unit yang berkaliber.

“Miss Lee” akan bersiaran setiap Khamis dan Jumaat di tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 mulai 26 September pada 9.45 malam. 

9. A Day Found By Chance / July found by chance/ EXtraordinary you (MBC)

“A Day Found by Chance” atau “Extraordinary You” adalah adaptasi daripada sebuah webtoon “July Found by chance” (oleh Maroo) yang bertemakan persahabatan, fantasi, romantis dan persekolahan. Ia menceritakan kisah seorang gadis yang menyedari bahawa dia adalah satu watak ‘supporting‘ di dalam sebuah komik manga berjudul “Secret”. Gadis itu kemudian cuba untuk mengubah plot asal komik tersebut demi cinta dan kehidupannya.

Drama ini mengingatkan pada drama MBC “W” yang juga bertemakan webtoon. Namun dalam drama ‘W’, pelakon utama Oh Yeon Joo (lakonan Han Hyo Joo) yang memasuki dunia webtoon di mana Kang Chul (lakonan Lee Jong Suk) wujud. Disebabkan itu penulis sendiri tidak sabar untuk menonton teknik pengarahan dan sinematografi yang akan dihidangkan kepada penonton. Plus, penulis nak tengok connection kehidupan sebenar dengan dunia webtoon.

Jom saksikan para pelakonnya.

Kim Hye Yoon yang pernah membintangi drama Hit JTBC “Sky Castle”, akan melakonkan watak Eun Dan Oh, seorang pelajar sekolah menengah yang menyedari bahawa dirinya merupakan watak ‘supporting’ dalam sebuah komik. Eun Dan Oh juga merupakan anak tunggal yang berasal dari keluarga yang kaya.

RoWoon SF9 pula memainkan karakter Number 13/ Haru yang merupakan penuntut sekolah menengah dari kelas 7 dan juga merupakan watak ‘supporting’ dalam “Secret” sebagai Number 13. Sebelum bertemu Eun Dan Oh, dia tidak mempunyai nama dan tidak disedari kewujudannya. Namun, selepas bertemu, dia mulai berubah ketika perasaan cinta semakin berkembang.

Lee Jae Wook akan memainkan peranan Baek Kyung, seorang ahli A3, yang merupakan crush Eun Dan Oh selama 10 tahun dan juga tunangnya. Baek Kyung digambarkan sebagai seorang lelaki kacak dengan pesona ‘bad boy’ yang seringkali menjadi perhatian ramai wanita. Kehadirannya membawa situasi yang tidak dijangka saat Eun Dan Oh cuba untuk mengubah nasibnya.

NaEun April akan membawakan watak sebagai Yeo Juda yang merupakan watak wanita utama dalam komik manga “Secret”. Biarpun berasal dari keluarga yang susah, dia digambarkan seorang yang berani dan optimistik. Yeo Juda terperangkap dalam cinta tiga segi antara Oh NamJoo dan Lee DoHwa yang mana keduanya juga ahli A3.

Kim Young Dae membawakan watak Oh Nam Joo, ketua kumpulan A3. A3 merujuk kepada tiga jejaka tampan disekolah tersebut. Oh Nam Joo digambarkan seorang yang paling popular dikalangan pelajar, tinggi dan bijak, namun punya personaliti yang sombong.

Biarpun berasal dari keluarga kaya, namun tetap berdepan dengan satu kesakitan yang mana hanya Yeo JuDa yang dapat mengubatinya. Oh Nam Joo dan rakan baiknya, Lee Do Hwa rupanya jatuh cinta pada gadis yang sama. Karakter Jung Gun Joo sebagai Lee Do Hwa digambarkan seorang yang ‘playful’ dan mesra dengan semua orang disekelilingnya. Dia kelihatan ceria namun berdepan dengan depresi yang disembunyikannya selama ini.

Dengan adanya pelbagai campuran watak-watak dalam drama ini, ia akan menjanjikan sebuah drama remaja yang penuh keseronokkan. “A Day Found By A Chance” akan diarahkan oleh Kim Sang Hyup, yang sebelum ini pernah mengarahkan  “The King Loves” dan “Glamorous Temptation.” Ia akan mula ditayangkan disaluran MBC mulai 25 September depan. “A Day Found By A Chance” turut ditayangkan di Oh!K TV Ch 394 mulai 26 September, jam 7.50 malam bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat.

Bagaimanapun, drama ini telah ditunda tayangannya pada awal Oktober. “A Day Found By A Chance” / “Extra-Ordinary You” boleh ditonton di saluran Astro OhK Ch 394 mulai 3 Oktober (Khamis) jam 7.50 malam. 

10. Let Me Melt / Melting me softly (tvn)

tvN ‘Melting Me Softly’ berkisarkan tentang dua orang lelaki dan perempuan terpilih untuk menjalani projek eksperimen sejukbeku hayat manusia sebelum dihidupkan tiba-tiba 20 tahun kemudian kerana konspirasi misteri yang berlaku. Mereka bangkit daripada ‘tidur’ yang lama itu dan saling memcemuh antara satu sama lain kerana gagal mencapai apa yang mesti diikuti oleh eksperimen itu. Akibatnya, mereka terpaksa mengekalkan suhu badan sekitar 27.5 C untuk kekal selamat, jika tidak, mereka akan mati.

Ji Chang Wook akan memegang watak utama Ma Dong Chang, seorang pengarah agensi bakat lakonan yang menjalani eksperimen sejukbeku anjuran sebuah program realiti tv dalam masa 24 jam. Tapi lain yang terjadi apabila Ma Dong Chan ‘tidur’ lena selama lebih beberapa tahun. Beliau kembali bangkit 20 tahun kemudian dengan fizikal mengagumkan dan kekal awet muda sehingga mengejutkan adik lelakinya yang sudah dimamah usia. Manakala, Won Jin Ah pula dikatakan membawa watak seorang pembantu produser yang memilih untuk menjalani eksperimen sejukbeku berkenaan setelah secara berseloroh berjanji akan memberikan wang sebanyak 5 juta won kepada sesiapa jika mereka dapat mengejutkan dirinya dalam keadaan mabuk dalam masa 24 jam.

tvN “Melting Me Softly” bakal diarahkan oleh Shin Woo Chul (“MBC Gu Family Book”,”SBS Secret Garden”,”SBS Lovers in Paris”) dan dinukilkan oleh Baek Mi Kyung (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”, “jtbc Woman of Dignity”, “KBS Miracle That We Met”). Drama ini akan ditayangkan di tvN mulai 28 September depan.

11. Love Is Beautiful, Life Is Wonderful (KBS)

“Love is Beautiful, Life is Wonderful” bertemakan kekeluargaan, rom-com dan kehidupan mereka yang mencari kebahagiaan serta cinta sejati. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki dingin yang tidak percaya kepada perkahwinan dengan seorang wanita yang telah berputus asa untuk bercinta, berkahwin dan mempunyai anak namun kini gigih bersedia untuk mengambil peperiksaan perkhidmatan awam.

Joo Yoon Hee akan membawakan watak Kim Seol Ah, seorang wanita yang bercita-cita dan juga bekas juruhebah. Biarpun kehidupan Kim Seol Ah disirami cahaya glamor, namun sebenarnya terselit kegusaran serta kebimbangan dalam dirinya. Kegusaran dan kebimbangan Kim Seol Ah ini dijangka akan memberikan impak suspen dalam drama ini. “Love is Beautiful, Life is Wonderful” juga akan menggambarkan bagaimana perjalanan kehidupan Kim Seol Ah dalam menemui cinta dan kebahagiaan yang sejati.

Sementara itu, Yoon Park akan memegang watak sebagai Moon Tae Rang, seorang chef muda dan anak angkat sulung dalam keluarga angkatnya. Biarpun Moon Tae Rang selalu menghadapi kesulitan dalam hidupnya, beliau akan menggambarkan hubungan kasih sayang dalam keluarga dan perasaan cinta yang tulus ikhlas.

Antara pelakon lain yang akan turut membintangi “Love is Beautiful, Life is Wonderful” adalah Oh Min Seok. Oh Min Seok akan membawakan watak Do Jin Woo, seorang CEO sebuah syarikat besar dan merupakan suami kepada Kim Seol Ah.

Jo Woo Ri pula akan melakonkan watak Moon Hae Rang, adik perempuan Moon Tae Rang dan setiausaha Do Jin Woo. Moon Hae Rang digambarkan akan menjalankan hubungan yang penuh risiko dengan Do Jin Woo dan beliau akan berdepan dengan pelbagai rahsia, sekaligus wataknya penuh misteri.

Drama ini juga akan turut dibantu oleh drama ini juga akan dibintangi oleh Kim Mi Sook, Jung Won Joong, Na Young Hee, Seol In Ah, Eunbin CLC, Kim Jae Young, dan Ryu Ui Hyun.

Karya “Love is Beautiful, Life is Wonderful” akan ditulis oleh oleh Bae Yoo Mi, yang sebelumnya pernah menghasilkan skrip untuk Happy Together (1999), Romance (2002), Who are You(2008), Twinkle Twinkle (2011), I Have a Lover (2015), dan Should We Kiss First (2018). “Love is Beautiful, Life is Wonderful” akan bersiaran mulai 28 September depan bagi menggantikan drama “Mother of Mine”.

12. Tale of Nokdu (KBS) 

KBS Tale of Nok Du yang diadaptasikan daripada webtoon popular, Nokdojeun oleh Hye Jin Yang yang diterbitkan bermula 16 Disember 2014 dan berakhir pada 31 Julai 2018 lepas berlatarbelakangkan zaman Joseon adalah berkisarkan tentang anak bangsawan yang melarikan diri dari rumah kerana tak mahu dikahwinkan atas kehendak keluarga sebelum menyamar jadi perempuan dan bertemu dengan gadis yang dipaksa menjadi gisaeng.

Jang Dong Yoon akan memegang watak utama Jeon Nok Du, ‘cross-dressing’ menjadi wanita yang cantik menawan lalu menyusup sebuah kampung yang dipenuhi janda-janda. Di situ, dia memenumi Dong Dong Ju yang bakal dilakonkan oleh Kim So Hyun, sedang dalam tempoh percubaan untuk menjadi gisaeng satu masa nanti. Dong Dong Ju tak mahu menjadi gisang, tapi dia tiada pilihan kerana takdirnya mengikatkannya pada taraf gisaeng sejak turun-temurun.

Dong Dong Ju mengetahui identiti Jeon Nok Du dan tujuannya ke mari. DIsebabkan Jeon Nok Du berulang-ulang kali menyelamatkan Dong Dong Ju daripada ancaman terutamanya pelanggan rumah tumpangan yang gila seks, Dong Dong Jun mula menaruh hati pada Jeon Nok Du. Jeon Nok Du mengambil inisiatif sehingga menjadikan Dong Dong Jun sebagai anak angkatnya, bagi mengeluarkannya daripada ditakdirkan menjadi gisaeng sepanjang hayat.

KBS Tale of Nok Du akan mendapatkan sutradara baru, Kim Dong Whee yang pernah menjadi pembantu pengarah KBS Fight My Way dan MBC The Merchant: Gaekju. Penulis skrip ialah Im Hye Jin yang menggarap drama KBS Moonlight Drawn By Clouds sebelum ini dan dibantu oleh Baek So Yeon. KBS “Tale of Nok Du” merupakan drama terakhir yang bakal ditayangkan oleh KBS untuk mengisi slot drama Isnin dan Selasa. Drama ini akan disiarkan mulai 30 September depan.

Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Buat peminat Kdrama, selamat menonton ya!

 

loading...