Song Yu Vin & Kim So Hee ditangkap bercium-ciuman? Netizen mahu tindakan tegas agensi ke atas penyebar gambar

Song Yu Vin, bekas pelatih ‘Produce X 101’ yang gagal menyertai barisan akhir kumpulan X1, telah mengejutkan peminatnya apabila gambar yang dikatakan dia mengucupi Kim So Hee, bekas pelatih ‘Produce 101’ musim pertama, tersebar di laman sosial semalam.

Gambar berkenaan telah disebarkan oleh peminat sasaeng yang dikatakan tak berpuas hati dengan hubungan peribadi penyanyi daripada kumpulan MYTEEN itu dengan Kim So Hee menyebabkan sekumpulan netizen mendesak supaya agensi bertindak tegas ke atasnya. Alasan mereka, sepanjang Song Yu Vin dan Kim So Hee berada di bawah jagaan Music Works, kedua-duanya tak pernah melakukan perbuatan tak bermoral sehingga mengundang cercaan masyarakat dan penyebaran gambar tersebut telah mengganggu privasi kedua-duanya. Malah, pengeluaran foto itu ketika Song Yu Vin akan mengeluarkan single duetnya bersama Kim Kooheon pada hari ini juga mengundang persoalan tentang kewajaran untuk menghancurkan karier penyanyi itu terus. Song Yu Vin pernah muncul di dalam MV ‘Sobok Sobok’ nyanyian Kim So Hee sebagai model pelakon.

Foto yang dikatakan Song Yu Bin mengucupi Kim So Hee.

Sementara itu, Music Works yang dihubungi oleh portal OSEN menyatakan tindakan tegasnya untuk tidak berkompromi terhadap cubaan mengganggu privasi artis-artis di bawah jagaannya.

“Kami akan melindungi artis-artis kami daripada tohmahan dan fitnah serta akan mengambil tindakan undang-undang tanpa amaran,” kata jurucakap agensi itu. Netizen menyambut baik langkah penuh lantang diambil oleh agensi itu.

Song Yu Vin dan Kim Koo Heon akan mengeluarkan single duet mereka, ‘Blurry’ pada hari ini pada jam 6 petang nanti.

Sumber: OSEN, MBN , Cookie News

loading...