IU sapu bersih kedudukan no.1 dalam kesemua tujuh carta muzik Korea (Mnet, Naver) dengan ‘Autumn Morning’

Kulit single ‘Autumn Morning’

Single yang dikeluarkan penyanyi bergelar pelakon, IU pada awal pagi tadi telah berjaya menyapu bersih kedudukan no.1 dalam hampir kesemua carta muzik korea termasuklah Naver, Mnet, Bugs, Ole Music, Genie dan seumpamanya. Berikutan kejayaan ini, IU persis Taylor Swift versi Korea ini dijangka akan menduduki no.1 dalam carta Gaon yang diumumkan tak lama lagi. Tambah manis lagi, pengumuman itu dibuat IU secara tiba-tiba melalui laman SNS nya membuktikan kehebatan IU dalam industri seni muzik Korea kerana beliau tak perlu promosi berlebih-lebihan untuk single dilancarkannya.

‘Autumn Morning’ adalah gubahan semula lagu tradisional yang diberi nafas baru oleh Lee Byeong-woo dan Yang Hee Eun. Lagu ini berunsurkan melankolik tapi memberi kesegaran kepada mereka yang mahu bekerja di pagi musim luruh. Anda boleh menikmati lagu ini melalui petikan youtube berikut. IU, pada masa yang sama akan melancarkan albumnya pada 22 hari saja lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=p0JNeyqq8rQ

Sumber: xsportnews

loading...