Sentap kerana ‘sokong’ Hong Kong, kelab peminat Yoon Kyung Sang di China dibubarkan serta-merta

 

Yoon Kyung Sang yang menyatakan sokongan secara tak langsung ke atas kapsyen berbaur politik oleh Kim Eui Sung, menerima padah apabila kelab peminatnya di China terbubar secara rasmi.

Pada 15 Ogos 2019 yang lalu, Yoon Kyun Sang telah dilihat mengenakan tanda suka pada hantaran yang dibuat oleh pelakon Kim Eui Sung mengenai sokongan padunya terhadap demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh penunjuk perasaan Hong Kong untuk menuntut pembebasan dari cengkaman polisi ‘Satu China’.

Sejurus dengan itu, kelab peminat utamanya di China dibubarkan secara rasmi dan mereka tak sesekali menyokong kerjaya pelakon itu di masa akan datang. Jurucakap bekas kelab peminat itu berkata, ” Pihak pengurusan kami menutup kelab ini setelah berbincang. Kami berikrar untuk mempertahankan prinsip ‘Satu China’.” Mereka juga tidak akan menterjemahkan drama-drama keluaran pelakon itu lagi termasuklah OCN Class of Lies yang sedang hangat ditayangkan untuk tontotan penggemar dramanya di China.

Kehilangan peminat China-nya dijangka akan memberikan kesan besar terhadap pengaruh pelakon itu ke atas sebarang promosi filem atau drama lakonannya di negara itu nanti.

Sumber : tv report