Ahn Jae Hyun & Ku Hye Sun akhirnya berpisah selepas 3 tahun melayari bahtera bersama

 

 

Impian peminat  untuk menyaksikan pasangan selebriti yang terhasil daripada cinta lokasi, berkekalan lama, punah akhirnya.   Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun, antara pasangan selebriti Korea paling sensasi selain pasangan SongSong telah membuat keputusan untuk membubarkan perkahwinan mereka setelah tiga tahun melayari bahtera bersama.

Status penceraian mereka itu telah disahkan oleh agensi kedua-duanya iaitu HB Entertainment. Jurucakap agensi itu berkata, “Selepas bersemuka dengan mereka, pasangan ini telah komited untuk bercerai. Mereka tak boleh lagi mengekalkan perkahwinan atas beberapa sebab.”

Tambahnya lagi, “Kami menghormati keputusan yang dicapai oleh mereka selepas mereka telah berbincang secara serius selama berbulan -bulan. Kami berharap berbahagia dengan keputusan dicapai kelak.”

Ditanya tentang bilakah proses penceraian itu difailkan ke mahkamah, jurucakap itu berkata, “Ahn Jae Hyun telah pun minta peguam untyk percepatkannya manakala Ku Hye Sun pula akan menfailkannya pada Ogos ini untuk tuntutan selanjutnya. Mereka akan selesaikannya secepat-cepatnya bulan September ini.”

Pada awal pagi tadi, Ku Hye Sun membuat pengakuan mengejutkan di laman instagram miliknya bahawa suaminya, Ahn Jae Hyun telah memohon untuk bercerai. Namun, Ku Hye Sun dikatakan tidak boleh menerimanya selagi Ahn Jae Hyun tidak memaklumkannya pada ibunya tentang status perkahwinan  mereka itu. Walaupun kenyataan Ku Hye Sun telah dipadamkannya beberapa jam selepas itu, desas-desus penceraian mereka tidak dapat dielakkan lagi lalu mendesak agensi mereka untuk mengesahkannya hari ini.

Ku Hye Sun kemudiannya membuat  kenyataan balas menerusi instagram miliknya berhubung kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya sebentar tadi. Ku Hye Sun mempersoalkan kenyataan itu dibuat berpihak tanpa merujuk kepada dirinya, malah dia tak pernah lagi mensainkan namanya untuk memuktamadkan penceraian mereka. Ku Hye Sun juga berikrar untuk mempertahankan maruah keluarganya.

Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016 setelah bercinta sejak berlakon bersama di dalam drama KBS Blood. Mereka juga pernah muncul bersama-sama di dalam rancangan realiti tv, “Honeymoon NewWeds”.

Sumber : Asia economic