Rating ‘Hotel Del Luna’ melonjak naik lagi, IU pula sumbangkan satu lagu OST

IU membuat kejutan buat penonton drama apabila menyumbangkan satu lagu nyanyiannya untuk dimuatkan sebagai OST drama yang dibintanginya, iaitu tvN ‘Hotel Del Luna’.

Lagu nyanyiannya itu dapat didengar pertama kali dalam adegan terakhir episod terbaru yang ditayangkan semalam ketika Jang Man Weol (lakonan IU) mengucup Ku Chan Sung (lakonan Yeo Jin Gu) selepas masing-masing sudah mencintai satu sama lain.

Memetik lirik yang dinyanyikan, “Aku harapkan pengakhiran kita tak menyedihkan. Bolehkah kita hanya mengingati momen ini dan jangan bersedih lagi?,” IU dipuji mampu menterjemahkan lirik nukilannya dalam bentuk emosi dilakonkannya.

Walaubagaimanapun, agensi IU yang dihubungi sebentar tadi, memaklumkan kepada pihak media bahawa mereka tidak merancang untuk mengeluarkannya sebagai single terbaru IU. “Lagu itu hanya dimasukkan sebagai ‘filler’ adegan akhir,” kata mereka.

Setakat ini, drama tvN Hotel Del Luna telah meraih rating tertingginya untuk episod terkini sebanyak 10.4%, meningkat 0.4% berbanding 10.0% pada minggu lepas, sekaligus diletakkan sebaris dengan drama tvN lain yang memperolehi  drama antara rating drama kabel tertinggi sepanjang zaman seperti tvN Another Oh Hae Young, tvN Mr Sunshine, tvN Reply 1988 dan tvN Goblin.

Sumber: mydaily, daily sports

loading...