Pelakon ‘Zhao Yao : The Legends’, Zhao Yao & Mo Qing kembali dengan siri drama terbaru, ‘Arsenal Military Academy’

Bagaikan kelahiran semula watak Zhao Yao dan Mo Qing dalam Zhao Yao : Love Story of Devil Angel aka The Legends, mereka dipertemukan pula dalam drama era republik melalui Arsenal Military Academy.

Drama ini mengambil tema kisah Mulan iaitu watak wanita bernama Xie Xiang (Bai Lu) menyamar sebagai lelaki menggunakan identiti abangnya sendiri untuk menyertai akademi tentera. Beliau menjadi rakan sekelas seorang pemuda yang kaya iaitu Gu Yang Zheng (Xukai) dan seorang pemuda yang sentiasa tenang Shen Jun Shan (Toby Lee). Dalam mengharungi suka duka latihan yang ketat dan tegas, mereka bertiga menjadi rakan baik. 

Apa sahaja cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi oleh Xie Xiang, beliau mesti membuktikan keupayaannya untuk menjadi yang terbaik dan juga memastikan identiti beliau sebagai wanita tidak dihidu oleh sesiapa. Usaha Xie Xiang tidak sia-sia kerana beliau tamat pengajian di akademi tentera tersebut dengan berjaya dan diiktiraf menjadi yang terbaik.

Apabila tentera Jepun memindahkan aset ketenteraan ke Wilayah Timur Laut, wira-wira muda ini turut terlibat dalam medan perang serta turut merungkaikan konspirasi terbesar. Dalam pada itu, dua jejaka tersebut turut jatuh hati dengan Xie Xiang. Agaknya siapakah pilihan Xie Xiang?

Jadi jika anda merindui Zhao Yao dan Mo Qing, jom kita tengok drama bergenre ketenteraan dan roman serta cross-dressing ini! Jangan lupa saksikan drama ini di saluran iQIYI (Astro saluran 300 atau astrogo) setiap hari Isnin – Ahad, jam 8.00 malam.

Lagi gambar-gambar dari Arsenal Military Academy.

 

 

loading...