Bangga mengaku lesbian, Som Hye In “Idol School” tak kisah memperjudikan nasibnya

Som Hye In, bekas peserta “Idol School”, membuat pengumuman di laman instagram-nya semalam bahawa dia sedang menjalinkan hubungan sejenis dengan seorang gadis, sekaligus mengakui dirinya ialah seorang biseksual.

Pengumuman yang dibuatnya semalam menimbulkan kekacauan di media sosial kerana rata-rata kurang senang dengan pendedahan oleh selebriti yang mempunyai tabiat homoseksual disebabkan bertentangan dengan budaya dan agama yang dianuti masing-masing oleh masyarakat Korea. Malah, ada yang mempersoalkan samada tindakan Som Hye In itu dibuat secara sengaja supaya netizen kerap membicarakan tentang dirinya di media sosial.

 

Susulan dengan itu, Som Hye In tampil menjelaskannya di laman instagram miliknya apabila ditanya oleh wartawan berhubung pengakuan biseksual-nya itu.

“Aku tengah syok bercinta, kerana ia pun bukannya salah, jadi aku pun terang-terang mengaku biseksual. Tapi, aku bukan mahu tonjolkan diri. Apa jenis manusia yang buat keputusan seperti itu? ,” katanya.

“Mereka boleh berbeda pendapat dan membenci homoseksual. Ya, kau boleh benci. Itu semua hak individu dan aku tak boleh paksa mereka memahami aku. Aku pun tak merayu mereka untuk kenal diri aku ni siapa. Aku tak tau pun kisah ‘percintaan’ aku boleh tertular.Aku cuma tak nak berahsia tentangnya dan mahu bangga bercinta seperti kebanyakan orang lain. Semasa aku berusia 21 tahun, aku mengaku depan adik aku dan luahkannya depan mak aku. Mak aku yang masih muda pun boleh menerimanya,” luahnya lagi.

 

Dalam pada itu, Som Hye Im turut memberikan amaran akan mempertahankan mereka yang tertindas akibat kecaman berterusan terhadapnya.

Baca lagi : Edisi LGBT mula meresap ke dalam jiwa peminat kpop : Holland olah cinta sejenis dalam single terbaru

“Aku memang biseksual. Jadi, sesiapa yang tak suka dan kecam kerana baginya jelas haram, aku tak mahu orang sangka ‘biseksual’ itu buruk kerana aku. Aku juga tak mahu orang serang awek aku,” katanya mengakhiri temubual dibuat bersama wartawan tersebut.

Lahir pada tahun 1996, Song Hye Im menyertai rancangan realiti tv Mnet, ‘Idol School’ pada tahun 2017 tetapi terpaksa keluar awal kerana masalah kesihatan. Dia juga pernah menjadi model untuk beberapa muzik video nyanyian penyanyi rap.

Sumber: sport seoul , instagram Som Hye In