Kangnam dilaporkan akan membuang kerakyatan Jepun-nya demi ibu & kekasih hatinya di Korea

Berhadapan dengan hubungan Korea-Jepun yang agak keruh, penyanyi berdarah kacuk Korea dan Jepun ini, Kangnam atau nama sebenarnya, Yasuo Namekawa, dilaporkan telah mengambil tindakan penuh drastik untuk melupakan kewarganegaraan Jepun-nya bagi menjadi rakyat Korea secara naturalisasi.

Agensi Kangnam, D’Most Entertainment, mengesahkan laporan itu pada 12 Oktober 2019 dengan berkata, “Kangnam sedang bersiap sedia dengan proses naturalisasi di Korea sejak akhir tahun lepas lagi. Dia sudah pun berbincang dengan keluarganya tentang hasrat tersebut.” Kangnam yang dilahirkan oleh ibu yang berasal dari Korea dan bapa yang merupakan warganegara Jepun, sedang melengkapkan dokumen naturalisasinya. Namun, beliau juga berada dalam dilema samada mahu menggunakan nama samaran ‘Nameka’ atau ‘Yasuo’. Netizen Korea yang menyambut berita gembira itu mendoakan perancangan Kangnam itu berjalan dengan lancar.

Dalam masa yang sama, Kangnam berhajat untuk memperisterikan Lee Sang Hwa, pemain sukan luncur yang memenangi dua kali pingat emas Olimpik tak lama lagi.

Sumber: OSEN

loading...