Shin Min Ah, Jo In Sung, Bae Sung Woo & Han Ji Min bakal sertai drama nukilan terbaru Noh Hee Kyung?

Setelah Jo In Sung dan Bae Sung Woo dikhabarkan memilih drama nukilan Noh Hee Kyung ini sebagai projek terbaru mereka, kali ini giliran Shin Min Ah dan Han Ji Min pun berbuat demikian.

Menurut sumber seorang jurucakap, “Han Ji Min dan Shin Min Ah akan bergandingan sama untuk drama nukilan terbaru Noh Hee Kyung membawakan watak utama.” Ini merupakan drama pertama Shin Min Ah bersama penulis skrip Noh Hee Kyung, manakala Han Ji Min, Jo In Sung dan Bae Sung Woo pernah bekerjasama dengannya masing-masing menerusi ‘jtbc Padam, Padam’ , ‘SBS It’s Okay That’s Love’ dan ‘tvN Live’.

Drama yang belum diberikan tajuk ini dikatakan berkisarkan tentang aktiviti-aktiviti bantuan yang seringkali dilakukan oleh oleh mereka yang terbabit di dalam “Non-Governmental Organizations (NGO)” dalam menghulurkannya kepada orang yang memerlukan sehingga ke peringkat antarabangsa.  Mengenangkan Noh Hee Kyung terkenal gaya bahasanya tersendiri selain jalan ceritanya yang kena dengan permasalahan sosial masyarakat, penonton boleh mengagakkan nukilan yang lebih kurang sama untuk drama ini juga. Masakan, beliau boleh menerima tiga kali pencalonan Best Scriptwriter CARI Kdrama Awards dan kemenangan bersejarah di Baeksang Art Awards untuk beberapa kali.

Drama ini dijangka akan memulakan penggambaran pada awal tahun depan dan dirancangkan tayangannya pada pertengahan tahun 2020.

Sumber: IS Plus , newsen

loading...