Penyanyi rap Korea, Mad Clown atau nama sebenarnya, Jo Dong Rim hari ini dilaporkan terpaksa melepaskan sidang media program tv Mnet terbaru, ‘Show Me The Money 8’ kerana menderita penyakit kronik.
Berdasarkan majlis sidang media diadakan CJ E&M Center di Mapo-gu, Seoul pada 26 Julai 2019 sebentar tadi, kelibat Mad Clown tak kelihatan di situ yang sepatutnya di samping Choi Hyo Jin, Lee Young-poo, Swings dan Verbal Jint, Giriboy, Kid Milli, Millic dan BoyCold. Hos sidang media itu kemudiannya memohon maaf kepada hadirin sambil berkata, “Mad Clow tak dapat hadir kerana sedang sakit.”
“Apa penyakit yang dia hidapi sampai tak leh datang?,” tanya hadirin.
“Saya terima panggilan pada 7.00 pagi tadi, dia kata penyakit ulser usus (merujuk kepada kolitis / “Ulcerative colitis” ) yang dialaminya belum lagi sembuh. Dia kata sudah cuba untuk jadi sihat semula hari ini, tapi tampaknya keadaan kesihatannya bertambah teruk pula,” kata produser yang dihubungi oleh Mad Clown ini.
Setelah mendengar penjelasan daripada produser tersebut, ramai netizen mendoakan Mad Clown supaya cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya seperti sediakala.
Mad Clown pernah menyanyikan beberapa lagu popular seperti “Stupid in Love” bersama Soyou dan “Once Again” bersama Kim Na Young yang dijadikan sebagai OST drama KBS Descendants of The Sun.
Sumber: IS Plus