Si tampan Cha Eun Woo siap sedia memanah hati peminat di Malaysia!

Hey Aroha! Cha Eun Woo bakal berkunjung ke Malaysia pada 27 Oktober 2019!

Kuala Lumpur, 25 Julai 2019 – Buat pertama kalinya, Cha Eun-Woo bakal berkunjung ke Malaysia sempena 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR.

Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).

Pengenalan Cha Eun-Woo

Cha Eun Woo adalah seorang pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Kpop popular di Korea Selatan, ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment. Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.

Cha Eun-Woo juga membintangi beberapa drama dan web drama popular antaranya ‘To Be Continued’, ‘Sweet Revenge’ and ‘Hit The Top’ by KBS 2TV.

Pada tahun 2018, Cha Eun-Woo membintangi watak utama dalam sebuah drama popular Korea Selatan yang bertajuk “My ID is Gangnam Beauty” dan mendapat sambutan luar biasa. Susulan cetusan fenomena itu, Cha Eun-Woo telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11.

Sejak itu, Cha Eun-Woo semakin dikenali dalam kalangan peminat Kpop sebagai seorang artis Korea yang serba boleh. Malah beliau juga kini membintangi sebuah drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’ yang baharu ditayangkan baru-baru ini.

Jadual Pembelian Tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Tarikh Masa Tempat Jualan Tiket 
 Pra Jualan  3 – 4 Ogos 2019  11am – 7pm

 Booth MacpiePro, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3,         Pusat Pameran Mid Valley

 HITS Plan  3 – 4 Ogos 2019  11am – 7pm  Booth Mcalls, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3,  Pusat Pameran Mid Valley dan kedai gaya hidup digital Mcalls
 Jualan Tiket Online  5 Ogos 2019  12 pm  Laman web www.macpieticketing.com &   MMspot

Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).

AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf Cha Eun-Woo dengan pembelian tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah!

Jangan lepaskan peluang mendaftar MMspot pada hari pra-jualan tiket untuk menebus 4 x EVP60 (e-baucar MacpiePro bernilai RM60) dan boleh digunakan serta-merta.

Mcalls Penaja Titanium 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

 

Demi merealisasikan misi korporat “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memperkenalkan “HITS” kepada penggemar muzik. Menerusi kolaborasi strategik ini, peminat muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga asal tiket apabila mereka melanggan salah satu daripada tiga pelan tahunan pascabayar “HITS Plan”.

Pelan prabayar ini disertakan dengan tawaran HITS yang membolehkan Fans menebus tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan tawaran hebat.

HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli 4 tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan harga diskaun tetapi bersyarat. Fans boleh membeli tiket pertama dengan 30% diskaun dan tiga lagi tiket tambahan sebanyak 10% diskaun (Zon Merah RM543 sahaja) dengan jaminan kemasukan.

Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS. HITS Plan boleh didapati di semua kedai gaya hidup digital Mcalls dan Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3 di Pusat Pameran Mid Valley.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Mcalls HITS Plan, sila layari mcalls.asia atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin – Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6petang).

Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.

Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

Sebagai nota tambahan, Cha Eun Woo telah ditabalkan sebagai Popular Rookie Actor di 7th CariKdrama Awards 2018 yang berlangsung di KTO Malaysia Februari lepas. Lakonan beliau dalam drama JTBC “My ID is Gangnam Beauty” telah menawan hati para peminat di Malaysia untuk mengundinya. Siapa tahu, tahun ini beliau akan dicalonkan lagi dalam kategori lain menerusi drama terbarunya yang masih lagi bersiaran iaitu MBC “Rookie Historian Goo Hae Ryung”. Nantikan kemunculan 8th CariKdrama Awards kelak.

loading...