BTS semakin mendunia; dua rapper teragung Namjoon & Lil Nas X bergabung untuk remix “Seoul Town Road”

“Old Town Road” nyanyian Lil Nas X bersama Billy Ray bakal melakar sejarah di negara Amerika Syarikat itu sebagai lagu pertama yang berjaya meraih kedudukan no.1 di dalam carta hot 100 Billboard selama lebih 16 minggu berturut-turut, mengatasi rekod yang dipegang oleh One Sweet Day nyanyian Mariah Carey dan Boyz II Men dahulu .

Hari ini, Lil Nas X mengejutkan peminat BTS, Army pula dengan mengeluarkan ‘remix’ terbaru bersama dengan Kim Nam Joon yang terkenal dengan kemahiran ‘rap’-nya sehingga digelar “Rap Monster”. Remix itu yang diubahsuai sedikit di bahagian liriknya dan dinamakan sebagai “Seoul Town Road” adalah merujuk kepada bandar terbesar di Korea Selatan, di mana BTS mula menapak dan mengembangkan kerjaya mereka. Namjoon dapat didengari menyanyikan di bahagian chorus, bahawa dia mahu menunggang kuda menyusuri ‘Seoul Town Road’.

Versi asal bersama Billy Ray:

Ini kali pertama penyanyi rapper berketurunan Afrika Amerika Syarikat itu bekerjasama dengan BTS. Sekiranya remix ini berjaya meraih perhatian pendengar di sana, kemungkinan untuk lagu ini memasuki carta Billboard juga agak tinggi memandangkan lagu asal ini masih menguasai carta muzik tersebut.

Sumber: Billboard , Rolling Stone

loading...