Day6 mula menakluk carta lagu tempatan dan antarabangsa sejak dilancarkan 15 Julai lalu

Day6 telah kembali dengan album terbaru “The book of us: Gravity”  yang mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dilancarkan pada 15 Julai lalu.

Album terbaru ini telah pun dipasarkan pada 15 Julai lalu dan berjaya meraih no. 1 carta Itunes di 11 negara termasuklah Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Lagu utama untuk album ni “Time of our life ” juga mendapat posisi no. 1 carta semasa “Bugs” dan “Naver Music”. Mereka juga turut mencatat rekod peribadi apabila turut mendapat posisi no.24 (posisi terbaik) dalam carta “Melon”. Lagu- lagu sisi B juga turut mendapat posisi 100 ke atas carta lagu tempatan.

Serentak dengan pelancaran album, Day6 juga akan melancarkan “Day6 Gravity World Tour” bermula 9-11 Ogos di Seoul. Ini diikuti dengan 26 lokasi konsert yang lain sehingga awal 2020 . ( Maaf Malaysia tiada dalam senarai) . Dengan bukti carta no.1 itunes di Malaysia, para penganjur dan JYP patut mempertimbangkan konsert  Day6 di Malaysia di masa hadapan!

Day6 ialah salah satu band muzik dalam industri Kpop  yang majoritinya dipelopori oleh muzik idola tarian. Mereka mengikut jejak langkah senior mereka seperti CNBlue dan FTIsland.  Day6 telah pun ditubuhkan pada tahun 2015 dan merupakan band muzik pertama dari JYP Entertainment. Lagu debut mereka berjudul “Congratulations “. Lagu-lagu hits mereka termasuklah “You Were Beautiful”, “Shoot Me” serta ” I Like You”. Malahan pelakon Park Bogum juga telah menyanyikan semula “I Like You ” sebagai salah satu lagu tetap dalam perjumpaan peminat beliau di Asia. Ahli kumpulan Day6 terdiri daripada Sungjin (ketua), Jae (bekas peserta Kpop Star 1), Young K, Wonpil dan Dowoon.

Saksikan muzik video “Time of our life “

Sumber : Naver

loading...