Kim Jung Hyun, Song Ye Jin, Song Ji Hye & Hyun Bin disatukan untuk tvN ‘Crash Landing of Love’

Projek drama terbaru nukilan Park Ji Eun ini bakal menyaksikan Kim Jung Hyun bergandingan bersama dengan Son Ye Jin, Seo Ji Hye dan Hyun Bin yang telah mengesahkan kehadiran mereka terlebih dahulu.

Selepas bergelut dengan masalah kesihatan yang dirahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengundurkan diri daripada drama MBC Time sebelum ini, Kim Jung Hyun akhirnya menjadikan tvN ‘Crash Landing of Love’ sebagai drama pertamanya untuk bangkit semula. Kim Jung Hyun akan melakonkan watak seorang usahawan muda yang kaya-raya dan memiliki hobi menunggang kuda. Tak dapat dipastikan apakah hubungannya dengan watak lakonan Son Hye Jin di dalam drama ini tapi kemungkinan besar beliau mungkin akan menjadi pesaing cinta bagi merebut Son Hye Jin dari tangan Hyun Bin. Kim Jung Hyun pernah berjanji di hadapan peminatnya sekitar bulan Mac lepas untuk bergiat aktif semula berlakon selepas sembuh daripada penyakit yang dialaminya.

Sementara itu, Son Hye Jin  akan memegang watak anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri. Pada suatu hari, kemalangan terjadi apabila Yoon Seo Ri yang sedang leka bermain payung terjun tiba-tiba dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara.  Yoon Seo Ri  diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat. Akhir sekali, Seo Ji Hye akan memainkan watak Seo Dan, seorang ahli muzik berketurunan sosialit yang membesar di Korea Utara dengan ibu dan bapanya masing-masing merupakan pemilik pusat beli-belah terkenal di Pyongyang dan pegawai tertinggi kerajaan.

Park Ji Eun dikenali sebagai penulis skrip yang suka menggandingkan pasangan selebriti yang telah menyerlah menerusi layar perak ke dalam drama pula.

Pemilihan pelakon untuk tvN ‘Crash Landing of Love’ suatu masa dulu pernah menggemparkan industri seni Korea gara-gara begitu rapatnya Hyun Bin dan Son Hye Jin di hadapan orang ramai sehingga mereka digosipkan sedang bercinta. Pengarah Lee Jung Hyo (“tvN Good Wife”, “OCN Life On Mars”, “tvN Romance Is a Bonus Book”) diberi tugas untuk mengemudi drama ini yang dirancangkan tayangannya pada pertengahan tahun ini.

Sumber: dispatch, newspin

loading...