Panggilan kecemasan gagal berfungsi, mangsa rogol Kang Ji Hwan gagahi diri hubungi rakan sebaliknya

Kejadian rogol yang berlaku di rumah Kang Ji Hwan mendapat perhatian umum semula selepas laporan media tv menyusul semalam.

Menurut Channel A ‘News A’ , kedua-dua mangsa dikatakan cuba untuk membuat panggilan kecemasan 112 tetapi gagal berbuat demikian setelah menyedari panggilan tidak disambungkan. Seorang daripada mereka berulang-ulang kali terpaksa menghubungi keluarga dan rakan terdekat bagi membantu mereka di saat-saat kritikal tersebut.

“Telefon bimbit pintar mangsa tak dapat dihantar ke rumahnya, hanya buatan syarikat telco tertentu saja sampai ke rumahnya manakala yang lain pula tak berjaya,” kata peguam mangsa.

Mereka juga dilaporkan mempunyai rekod membuat panggilan sebanyak 13 kali kepada rakan terdekat sewaktu kejadian rogol berlangsung. Akhirnya, mereka dapat menghubungi seseorang rakan menerusi Wi-Fi, dan orang itu membuat panggilan kepada 112 sebaliknya sehingga membawa kepada penangkapan Kang Ji Hwan bersama mangsa-mangsa di rumahnya.

Pada pagi 11 Julai, wakil dari balai polis  Gyeonggi Metropolitan telah memfailkan waran tangkap atau waran tahanan ‘pretrial’ (pretrial detention warrant) ke atas pelakon Kang Ji Jwan (42 tahun) atas kesalahan merogol dan gangguan seksual yang dihadapinya. Kang Ji Hwan menghadirkan diri ke balai polis Gyeonggi Metropolitan pada 12 Julai bagi menghadapi soal-siasat selanjutnya. Sempat membuat permohonan maaf di hadapan media, Kang Ji Hwan bagaimanapun, tidak mengubah sebarang kenyataannya yang mana beliau tetap mengatakan tidak ingat apa-apa lantaran dalam keadaan mabuk.

Sumber: chosun ilbo, sport seoul

loading...