Seo Ji Seok sedia galas tanggungjawab berat gantikan Kang Ji Hwan untuk ‘Joseon Survival’

Rezeki menanti pelakon lain pula.

Seo Ji Seok dikatakan telah menerima tawaran drama bagi menggantikan watak lakonan Kang Ji Hwan untuk drama terbitan TV Chosun, ‘Joseon Survival’ setelah pihak produksi bertindak menggugurkan Kang Ji Hwan sebelum ini.

Seo Ji Seok yang juga merupakan wartawan sukan dan bekas atlet sukan professional sedang berunding dengan pihak produksi bagi mengakhirkan tawaran yang diterimanya untuk berlakon di dalam drama tersebut. Bercerita tentang kerjaya lakonan Seo Ji Seok, beliau pernah membintangi drama KBS Unknown Woman pada tahun 2017. Sebelum ini, ‘Joseon Survival’ terpaksa ditangguhkan tayangannya dengan baki enam lagi episod belum disiarkan. Dengan kemasukan Seo Ji Seok, beliau hanya perlu menyambung baki penggambaran yang seterusnya.

Sementara itu, Kang Ji Hwan pula sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah tentang dakwaan rogol ke atasnya selepas ditangkap polis terang-terang sewaktu polis tiba di rumahnya sebaik saja menerima panggilan kecemasan.

Sumber: donga

loading...