Dengan lagak sebagai ‘pitcher’ besbol, Kang Daniel ubati rindu peminatnya sejak enam bulan ‘hilang’kan diri

Populariti Kang Daniel di senantereo dunia digunakan sepenuhnya oleh penduduk Busan ini. Di situ juga menjadi saksi kelahiran penyanyi bermata sepet ini, dan tempatnya membesar sebelum menceburkan dirinya di dalam rancangan realiti Produce 101 pada dua tahun lalu, dan akhirnya ‘debut’ sebagai vokalis utama Wanna One.

Bersempena dengan perlantikannya sebagai duta rasmi rasmi bermula hari ini setelah menerima undian terbanyak pada April lalu, Kang Daniel yang menandatangi kontrak di hadapan penyokong Lotte Giants sambil menyarungkan jersi kelab liga tersebut, mengesahkan  album solo pertamanya bakal dilancarkan menjelang akhir Julai ini. “Saya rasa kita perlu buat satu jurusan namanya,  ‘Kang Daniel courses’ . Lotte semakin hari semakin baik , tetapi kehadiran Kang Daniel telah berikan pengharapan dan semangat buat kami ,” kata datuk bandar Busan, Oh Keo Don sambil menyempurnakan majlis perlantikannya.

Kemudian, Kang Daniel diberi peluang untuk melantunkan bola besbol sebelum perlawanan antara Lotte Giants dan NC Dinos bermula. Lantunannya yang berbentuk parabola dan hampir mengenai penangkapnya, ditambah lagi dengan gaya seolah-olah sebagai seorang ‘pitcher’ berpengalaman telah mengundang sorakan penonton stadium dan pengulas sukan yang sama-sama memuji aura yang dimiliki oleh penyanyi itu di dalam stadium.

“Begitu susah nak ke stadium hari ini (kerana waktu bekerja) tetapi menjadi begitu meriah sekali dengan kehadiran Kang Daniel,” jerit pengulas sukan itu menggamatkan lagi suasana perlawanan besbol tersebut. Kehadiran penonton rata-ratanya penduduk Busan dan juga peminat Kang Daniel dari seluruh negara yang memenuhi ruang stadium itu barangkali sangat merindukan kelibat penyanyi itu semenjak Wanna One dibubarkan pada awal Januari 2019 lalu. Perseteruan dengan bekas labelnya, LM Entertainmen yang makan masa sehingga berbulan-bulan berakhir dengan Kang Daniel menubuhkan syarikat labelnya tersendiri yang dinamakan sebagai Konnect. Dan akhirnya, Kang Daniel sudah boleh menarik nafas lega untuk meneruskan aktiviti nyanyiannya sebagai anak seni tanpa kekangan lagi.

Album solo pertama Kang Daniel yang belum diberikan judulnya lagi sudah hampir selesai proses penerbitannya dengan video klipnya dibuat di suatu lokasi di Korea yang tak dinamakan pun sudah habis dirakam. Ia dijangka  menemui penonton pada akhir Julai ini.

Sumber: star mbn , IS Plus , OSEN

loading...