MONSTA X, artis Korea pertama muncul untuk program ‘Good Morning Britain’

Yeay! MONSTA X bakal keudara dalam rancangan “Good Morning Britain” sebagai artis jemputan. Nampaknya selebriti Korea dan artis K-POP kini semakin memangkin nama diperingkat global. Bahkan, masyarakat dunia semakin menerima kehadiran mereka dalam industri hiburan global.

Pada hari ini, 9 Julai agensi MONSTA X; Starship Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan tersebut akan menjadi tetamu jemputan “Good Morning Britain” untuk siaran 11 Julai. Mereka akan membicarakan tentang musik terbaru dan konsert jelajah dunia yang kini masih lagi berjalan.

“Good Morning Britain” adalah sebuah program berita serta bual bicara pagi  yang mula bersiaran pada 2014 di ITV. Rancangan ini di hoskan oleh bekas wartawan dan personaliti TV iaitu Piers Morgan. Antara selebriti yang pernah dijemput ke “Good Morning Britain” adalah seperti Shakira, Elton John, Jennifer Aniston, Cate BlanchettJude Law, Khalid dan ramai lagi.

MONSTA X yang telah menerima sambutan yang cukup positif daripada peminat luar negara, turut mendapat jemputan untuk membuat persembahan di 2018 iHeartRadio Jingle Ball Tour, muncul dalan siri cartoon popular “We Bare Bears,” dan banyak lagi.

Kini kumpulan MONSTA X masih lagi aktif dalam siri jelajah dunia untuk konsert “We Are Here” dan baru sahaja selesai di Madrid, Amsterdam, Paris, dan beberapa lokasi lagi. Selepas konsert mereka di SSE Arena, Wembley in London, MONSTA X akan meneruskan siri jelajah mereka ke Berlin, South America, dan Amerika Syarikat.

Tahniah kepada MONSTA X dan semoga terus maju ke hadapan! Nantikan siaran “Good Morning Britain” bersama MONSTA X.

Sumber : Naver | Newsen

 

loading...