OK Taecyeon beri amaran atas cubaan mengugut rakan-rakan 2PM oleh peminat sasaeng

Taecyeon semalam telah memberi amaran atas cubaan mengugut rakan-rakan dalam kumpulan 2PM oleh peminat sasaeng.

Pesanan itu dikemukakan menerusi laman sosialnya dan ditujukan buat peminat sasaeng terutamanya yang seringkali mengganggu privasi Lee Jun Ho yang baru saja menyertai program khidmat tentera pada tempoh hari. Taecyeon menyertakan beberapa tangkap imej beberapa mesej di antara peminat sasaeng itu dengan rakan-rakan 2PM sebagai bukti bahawasanya beliau tidak boleh lagi berkompromi di atas gangguan berterusan oleh peminat sasaeng tersebut. Sambil meminta kerjasama netizen dan Hottest (merujuk kepada kelab peminat 2PM) di laman sosialnya bagi mencari pelaku tersebut, Taecyeon turut menyampaikan pesanan supaya jangan sesekali memandai-mandai ‘membuli’ mereka.

“Mari hentikan kelakuan orang ini daripada terus melukakan hati kawan-kawanku,” katanya dalam ciapan di ‘twitter’ rasminya semalam.

Taecyeon yang baru selesai menjalani khidmat negara pada 16 Mei 2019 lalu sedang mempertimbangkan beberapa projek untuk membuat kemunculan semula di dalam industri seni.

Sumber: chosun ilbo

loading...