‘Every-Buddy’, GFRIEND menunggu ketibaan anda petang ini di Stadium Malawati Shah Alam!

Mesti mimpi indah korang kalau dapat jumpa bidadari kan? Bidadari kali ini diterbangkan khas dari Korea Selatan untuk 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!]. GFRIEND memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama ‘tour’ mereka kali ini selepas Seoul. Konsert akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, 29 Jun 2019 tepat pada pukul 6 petang.

Kumpulan GFRIEND yang dianggotai oleh 6 orang gadis manis iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji mula menceburkan diri dalam industri muzik pada tahun 2015 dan muzik mereka sering dimainkan di corong-corong radio. Mereka juga bakal meneruskan ‘tour’ ke Singapura bulan hadapan.

 

Macpie Berhad yang bertanggungjawab menguruskan setiap jadual ‘tour’ GFRIEND kali ini sudah pasti telah bertungkus lumus untuk menjayakan sidang media dan juga konsert kali ini. GFRIEND juga bakal ‘comeback’ pada 1 Julai 2019 ini dengan ‘Fever Season’.

Jangan lupa praktis lagu GFRIEND untuk konsert, dimaklumkan mereka ada sediakan lagu Melayu sebagai kejutan untuk BUDDY Malaysia, sampai juga nanti korang 🙂

loading...