Pengarah eksekutif terkemuka dari Cube Ent. telah berjaya ‘dikebas’ Kang Daniel untuk majukan syarikatnya

Kang Daniel, antara idol yang berani menongkah arus dalam usia yang masih mentah remaja bagi  selepas berhempas-pulas melayani kerenah bersama syarikat agensi terdahulu, LM Entertainment. Hasilnya, Kang Daniel telah dibebaskan dari sebarang kontrak dengan LM Entertainment lalu membolehkan beliau menentukan hala tuju kerjayanya tersendiri dengan menubuhkan syarikat baru yang diberikan nama Konnect Entertainment.

Tindakan ini jarang diambil oleh idol-idol yang baru mula menjengah dunia hiburan kerana difikirkan ianya berisiko tertinggi dan memerlukan modal yang agak besar di kala terpaksa bersaing dengan idol-idol yang lain di dalam pasaran. Bermula dengan Konnect Entertainment pada awal bulan Jun lagi, Kang Daniel telah membuka permohonan untuk kekosongan jawatan di syarikatnya secara besar-besaran selain cuba mendapatkan khidmat daripada beberapa orang professional yang berpengalaman bagi memperkasakan medan promosi debut solonya. Salah satunya ialah pengarah eksekutif daripada syarikat agensi terkemuka, Cube Entertainment. Malah, wakil pengurusan LM Entertainment juga dilaporkan cuba berunding semula dengan pihak Kang Daniel untuk berkerjasama dengan syarikatnya pula setelah mereka membuat tuntutan semula di peringkat mahkamah tertinggi.

Gambar ini dikongsikan oleh Kang Daniel setelah selesai merakam lagu-lagu untuk albumnya.

Menurut sumber daripada penggiat hiburan, setelah berbincang dengan Kang Daniel dalam beberapa hari sebelum itu, pengarah eksekutif tersebut telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatanya di  Cube Ent. serta-merta. Maka, kontrak kerjanya bersama Cube Ent. akan tamat menjelang pertengahan bulan Julai ini. Walaubagaimanapun, jurucakap Cube Ent. yang dipanggil untuk mengulas berita berkenaan dilaporkan belum boleh lagi menerima  perletakan jawatan pengarah eksekutif itu.

Dalam merangka debut solo-nya, Kang Daniel akan bekerjasama dengan produser Divine Channel, Kei Lim dan kumpulan muzik Geoffrocause bagi menerbitkan album solo pertamanya yang bakal dilancarkan seawal-awalnya sebelum bulan Julai berakhir.

Sumber: news1 tvreport

loading...