[Gempar] Tak mampu lagi untuk tinggal bersama, Song Joong Ki umum bercerai dengan Song Hye Kyo

Song Joong Ki hari ini mengumumkan penceraian dengan isterinya, Song Hye Kyo menerusi peguamnya, Park Jae Hyun yang telah memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah keluarga Seoul semalam.

“Ini Song Joong Ki. Aku meminta maaf terpanggil untuk memberitahu berita buruk ini buat mereka yang meminatiku. Aku telah pun lalui proses penceraian dengan isteriku, Song Hye Kyo. Kami berharap dapat capai penyelesaian baik berbanding mengecam antara satu sama lain. Ini saja aku dapatkan kongsikan tetang hal peribadi aku. Terima kasih ,” kata Song Jong Ki dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah berkahwin pada 31 Oktober 2017. Desas-desus keretakan perkahwinan mereka sebelum ini berjaya dihidu oleh media tanah besar China berdasarkan bukti tangkapan gambar yang memperlihatkan Song Joong Ki jarang mengenakan cincin perkahwinan mereka bersama. Namun, ianya dinafikan oleh pasangan dua mempelai ini apabila mereka dilihat masih lagi mesra. Malah, Song Hye Kyo juga memuatkan naik gambarnya di instagram miliknya semalam seolah-olah tiada apa yang berlaku terhadap mereka.

Sumber: chosun ilbo

loading...