ARMY, BLINK, EXO-L dan fandom yang lain, jom sertai K-Pop Random Play Dance 2019!

Hai peminat Kpop sekalian!

Hujung minggu ni tak ada jemputan ‘open house’ ataupun majlis kahwin. Jangan risau kerana kami ada sesuatu untuk anda.

Adakah korang dah bersedia untuk ‘K-pop Random Play Dance 2019’? Aktiviti yang menarik ini bakal menemui korang pada hujung minggu ni dan dianjurkan oleh Yi Pin Studio yang bergabung dengan Mustang Dance Academy. Konsep ‘Random Play Dance’ sangat popular di kalangan peminat antarabangsa antaranya Korea, Taiwan, Bangkok dan Los Angeles, di mana peminat Kpop semua tak perlu begitu tertekan dengan pertandingan menari kerana aktiviti kali ini adalah ‘random’.

‘K-pop Random Play Dance 2019’ akan diadakan di Sunway Velocity, Level 1 (berhadapan dengan Sunway Pharmacy & World of Sunway) pada 29 Jun 2019, jam 2 petang. Pembukaan aktiviti ini bakal dipersembahkan oleh penari-penari Mustang Dance Akademi yang sangat berbakat. Selain itu, penyanyi hurr.tv Aqeesh Aleeya dan ada juga ‘rapper’ terhebat KL seperti Jackie, Ryuki, Eddie, Jeremy dan HonFee.

Lagu popular K-pop yang menjadi fenomena seluruh dunia daripada BTS, Blackpink, Seventeen, EXO, kumpulan ‘rookies’ yang seperti goreng pisang panas termasuk Stray Kids, ATEEZ, ONEUS dan ramai lagi bakal menanti anda!

Senarai pilihan Lagu yang disediakan penganjur

Jangan terlepas ‘event’ ini kerana ini ‘random play dance’ yang pertama dan julung kali diadakan di Malaysia. Jom lepak bersama hujung minggu ini dengan bff anda, untuk maklumat lanjut, korang boleh jenguk laman rasmi FB, Twitter dan IG : Yi Pin Studio.

Jumpa di sana!

loading...