Tahniah, BTS  “Map of the Soul: Persona” pecah rekod jualan album tertinggi di Korea dan diiktiraf oleh Guinness World Records

BTS semakin melakar kejayaan diperingkat global dan nampaknya kumpulan ini sekali lagi mencipta sejarah. Terbaru, kumpulan ini berjaya meraih satu lagi penghargaan dari  Guinness World Records.

Pada 25 Jun waktu tempatan, pihak  Guinness World Records telah membuat pengumuman rasmi menyatakan bahawa album terbaru BTS iaitu “Map of the Soul: Persona” telah merekodkan ‘best-selling album’ di Korea Selatan.

Album “Map of the Soul: Persona” yang dilancarkan pada 12 April lalu telah mencatatkan penjualan domestik sebanyak 3,399,302 unit sehingga bulan Mei dan secara rasminya telah memecahkan rekod yang dipegang oleh album Kim Gun Mo “Wrongful Meeting” pada tahun 1995 yang telah terjual sebanyak 3.3 juta unit.

Namun begitu, album BTS “Map of the Soul: Persona” juga dilihat telah berjaya mencapai penghargaan yang membanggakan. Antaranya menduduki carta Billboard 200 dan United Kingdom’s Official Albums Chart. Pada April lepas, muzik video mereka yang berjudul “Boy With Luv” terlebih dahulu diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai “Most viewed YouTube music video in 24 hours by a K-pop group,” “Most viewed YouTube music video in 24 hours,” dan “Most Viewed YouTube video in 24 hours.” Antara penghargaan lain yang diperolehi oleh BTS adalah “Most Twitter engagements (average retweets) for a music group” dan “Most Twitter engagements (average retweets).”

Tahniah BTS. Bakat mereka tidak pernah disia-siakan dan sentiasa mengorak langkah ke hadapan.

Sumber : Guiness World Record | isplus

loading...