[Terkini] Polis bebaskan Kim Hyung Jun SS501 daripada dakwaan merogol

Setelah hampir dua bulan disiasat, akhirnya Kim Hyung Jun telah dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2010 lalu kerana polis tak menemui bukti yang mencukupi untuk mendakwanya atas kesalahan tersebut.

Jurucakap balai polis Ilsan Dongbu dilaporkan berkata, “Kami telah menyimpulkan bahawa kami tak mempunyai bukti Kim Hyung Jun disyaki terlibat dalam kesalahan rogol tersebut selepas siasatan menyeluruh berdasarkan kenyataan daripada kedua-dua pihak.”

Sebelum ini, menurut laporan SBS 8 O’Clock, seorang wanita telah menuduh Kim Hyung Jun pernah memperkosanya di rumahnya bertempat di Ilsan. Kim Hyun Jung menerusi agensinya, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya aduan tersebut dan menyatakan perbuatan seks itu dilakukan secara sukarela tanpa paksaan.

Serentak dengan pengumuman pembebasannya, Kim Hyung Jun dapat meneruskan aktiviti seninya tanpa halangan lagi di Jepun bermula bulan Julai ini. Tiket konsert jelajahnya di beberapa lokasi seperti Osaka, Fukuoka dan Aichi telah pun dibuka dan terjual secara rasmi sejak sepuluh hari yang lalu.

Sumber: spottvnews

loading...