Pihak produksi tvN cuba satukan Lee Sung Min, Shim Eun Kyung & Go Soo bersama di dalam ‘Money Game’

Dari kiri: Lee Sung Min, Shim Eun Kyung dan Go Soo.

Berita gembira buat peminat Shin Eun Kyung apabila aktress ini akan membuat kemunculan pertama di dalam industri drama sejak lima tahun lalu, kali terakhir adalah menerusi drama KBS Naeil Cantabile. Shin Eun Kyung dilaporkan sedang meniliti tawaran lakonan sebagai heroin di dalam tvN Money Game. Sekiranya beliau menerimanya, beliau akan berlakon bersama-sama dengan Go Soo dan Lee Sung Min.

tvN Money Game akan memaparkan satu gambaran fiksyen tentang apa yang berlaku sekiranya terjadi krisis IMF untuk kali kedua Korea. Plot tersebut mengkhususkan keadaan sebuah institusi pelaburan utama, People’s Bank yang dimiliki 50% sahamnya oleh kerajaan (ala-ala KWSP di Malaysia), hampir runtuh apabila berlakunya pergaduhan antara dua pihak di dalam institusi tersebut di mana satu pihak tersebut mahu melabur di dalam agensi antarabangsa berbanding memfokuskan pada pelaburan tempatan. Choi Min Ki, pengarah bahagian Kewangan Antarabangsa, bertindak memasukkan berbilion dolar ke dalam sebuah agensi pelaburan yang bertempat di Bahamas tanpa persetujuan oleh Heo Jae, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Korea.

Shim Eun Kyung memegang watak Lee Hye Joon, setiausaha yang bekerja di bahagian Kewangan Antarabangsa. Tugas kumpulannya adalah untuk memastikan pengurusan pelaburan tersebut berjalan dengan baik. Manakala, pemenang Best Supporting Actor 3rd CARI Kdrama Awards, Lee Sung Min, akan memainkan watak Heo Jae dan Go Soo pula sebagai Chae Yi Heon dan bukannya Choi Min Ki seperti didakwa dalam laporan media yang awal dulu.

PD Kwon Seok Jang (“tvN Avengers Social Club”, “MBC Women with A Suitcase”) disebut-sebut sebagai pengarah yang dipertanggungjawab untuk projek drama ini. Jika tiada aral melintang, tvN Money Game akan ditayangkan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun 2020.

Sumber: donga , my daily , stoo asiae

loading...