Sekarang netizen rasa bersalah kerana begitu cepat menghukum Yoon Seo Bin tanpa tahu cerita sebenar

Walaupun sudah hampir dua minggu Yoon Seo Bin disingkirkan daripada rancangan realiti tv Produce x101, namun kehadirannya masih lagi terasa lebih-lebih lagi tuduhan dilemparkan ke atasnya sebelum ini mula diperbetulkan menerusi pencerahan oleh ramai saksi-saksi daripada kenalannya di sekolah dulu dan menimbulkan rasa bersalah buat netizen yang tumpang memaki hamun sama.

Cikgu-cikgi berceloteh sesama mereka tentang fitnah ke atas Yoon Seo Bin.
Yoon Seo Bin sewaktu di dalam pasukan ragbi sekolah.

Menurut satu forum maya yang menjelaskan cerita sebenar di sebalik tuduhan Yoon Seo Bin sebagai kaki buli di sekolahnya dulu, Yoon Seo Bin memang diketahui sebagai kaki merokok dan juga suka meneguk arak. Walaupun dia sedikit nakal, namun penulis itu mendakwa tiada bukti boleh mengaitkan Yoon Seo Bin sebagai ‘gangster’ seperti difitnah oleh seorang pengguna forum, yakni rakan sekolahnya.

Salah seorang saksi tersebut ialah cikgunya di sekolah. Kata cikgunya, ” Byung Hwi (nama sebenar Yoon Seo Bin) tak pernah mengganas di sekolah. Byung Hwi yang saya kenal ialah seorang yang suka keluar dengan sesiapa pun. Kadang-kadang dia akan bergaya seperti perempuan dan juga menari sewaktu festival sekolah. Dia cukup pandai menari dan menyanyi.”

Cikgu ragbinya juga bersetuju dan turut mencelah, “Tak pernah sekali mengganas. Mangsa? Tiada langsung. Itu kerja media dan netizen yang memalukannya begitu.”

Rakan-rakan kelas dan kenalan sekolahnya turut bersedih apabila mengetahui Yoon Seo Bin disingkirkan dari Produce x101 dan dikeluarkan dari JYP tanpa dia sempat mempertahankan dirinya. Yoon Seo Bin yang dikenali oleh mereka ialah seorang yang membantu rakannya dalam kesusahan seperti dilakukannya ke atas pelajar yang tercedera akibat bermain gym, oleh sebab itu dia mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang. Rakan-rakannya itu merujuk kepada gambar-gambar Yoon Seo Bin menghembus asap rokok bersama beberapa orang rakannya.

Tulisan asal di majalah sekolah itu adalah merujuk kepada nama Shin Jungmin yang didakwa dibuli oleh Yoon Seo Bin.

 

Shin Jungmin cuba memperbetulkan balik segala tohmanan mengatakan dia pernah dibuli oleh Yoon Seo Bin, padahal mereka ialah kawan baik.

Tuduhan seterusnya yang mengatakan Yoon Seo Bin dibuang sekolah kerana membuli seseorang bernama Shin Jungmin juga dipatahkan serta-merta apabila Shin Jungmin, yakni ketua kelasnya, tampil menolak tanggapan tersebut. Tulisan seseorang di dalam majalah sekolah supaya jangan mengganggu Jungmin itu sebenarnya ialah tulisan dirinya yang sengaja dibuat untuk ‘menganjingkan’ Yoon Seo Bin (dengan niat bergurau)  dan bukannya hasil komentar seorang kaki adu yang tak dikenali dalam fitnah yang asal. Pencerahan itu sekaligus menafikan Yoon Seo Bin dibuang sekolah kerana membuli seseorang. Yoon Seo Bin meninggalkan sekolah dan menukar namanya kerana menyertai SM Entertainment dan kemudiannya JYP sebagai pelatih sebagai persediaan untuk menjadi selebriti.

Kenangan Yoon Seo Bin di dalam Produce x101.

Serentak dengan pendedahan penuh berfakta itu, ramai netizen melahirkan rasa kekesalan kerana begitu cepat menghukum Yoon Seo Bin tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Tapi apa boleh dibuat, nasi sudah pun menjadi bubur. Peluang Yoon Seo Bin untuk menjadi idol menerusi Produce x101 telah terkubur gara-gara fitnah seseorang.  Yoon Seo Bin yang tak menyangka dirinya difitnah sebegitu rupa terpaksa membuat surat permohonan maaf di hadapan pengguna media sosial menerusi instagram-nya sebaik saja disingkirkan dari Mnet dan JYP.

Sumber: chosun ilbo , allkpop , instagram Yoon Seo Bin