Selamat kembali, ‘Kapten Korea’ Taecyeon!

16 Mei, adalah hari paling bermakna buat Taecyeon 2PM kerana hari ini, secara rasminya beliau telah menamatkan perkhidmatan wajib ketenteraan yang dijalaninya selama 20 bulan! Taecyeon merupakan ahli 2PM pertama yang telah menamatkan perkhidmatan tentera serta tugasnya sebagai seorang sarjan dan askar aktif.

Sejumlah peminat hadir termasuk Chansung 2PM hadir untuk menyambut kepulangan Taecyeon dan beliau sempat mengucap salam terakhir dalam seragam tenteranya. Acara tersebut berlangsung di Ilsan di Wilayah Gyeonggi, dan Taecyeon berkata, “Saya tidak dapat tidur dengan baik kerana saya ‘nervous’. Ini adalah kali pertama saya berdiri di hadapan kamera setelah sekian lama sehinggakan saya tidak pasti saya kelihatan seperti apa. “Dia juga menambah,” Saya  mendengar bunyi trumpet pagi tadi sebagai penggera serta jam loceng kami kami, jadi saya masih tidak boleh percaya saya telah bebas. Mungkin esok segalanya berubah kerana tiada lagi bunyi trumpet yang akan kedengaran untuk bangun pagi. “

Beliau mengambil sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir dan berkata, “Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat saya kerana menantikan kepulangan saya. Saya tidak tahu ramai yang hadir pada hari ini. Saya berjanji akan kembali dengan sesuatu yang baik. “

Taecyeon turut ditanya tentang nama samaran yang baru diperolehnya semasa menjalani perkhidmatan tenteranya, “Kapten Korea”. Beliau berkata, “Saya pernah mendengarnya sebelum ini. Terima kasih atas nama panggilan itu, dan saya rasa agak tertekan olehnya. Saya fikir saya mendapat nama samaran itu selepas gambar latihan saya tersebar. Saya akan buat yang terbaik atas kapasiti panggilan ‘Kapten Korea’. “

Apabila Taecyeon ditanya apa yang beliau mahu lakukan, Taecyeon menjawab, “Saya mahu berjumpa ahli-ahli 2PM yang lain.” Beliau menambah, “Dua daripadanya kini berada dalam tentera, dan saya rasa ingin bertemu Nickhun selepas ini memandangkan Chansung berada dengan saya hari ini. Saya sangat merindui ahli-ahli lain dan berharap kami semua dapat berkumpul tidak lama lagi untuk sesuatu yang hebat. ” Dapat dilihat Chansung gembira untuk menyambut kepulangan Taecyeon. Keduanya saling bertukar senyuman dan pelukan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada TWICE kerana telah memilih kumpulan tersebut sebagai kumpulan wanita yang paling dirindui. “Sukar untuk  menemui mereka kerana jadual yang sangat padat. Namun, mereka masih menghantar video kepada saya dan saya terharu,” ujar Taecyeon.

Taecyeon telah mendaftar pada 4 September 2017 dan  menamatkan khidmatanya pada 16 Mei 2019. Beliau bersedia untuk kembali aktif sebagai ahli 2PM dan pelakon. Pada bulan Julai 2018, Taecyeon memutuskan untuk meninggalkan JYP Entertainment dan menandatangani kontrak dengan 51K, menandakan permulaan yang baru dalam kariernya sebagai  penyanyi dan pelakon.

Sumber : News1 | naver

loading...