14U terbubar bukan saja kerana sikap pilih kasih agensi, tapi seorang ahli telah didapati kaki betina

Loudi dan ahli-ahli kumpulan lain bergambar untuk kenang-kenangan.

Dilaporkan sebelum ini bahawa 14U terpaksa dibubarkan menjelang 10 Mei 2019 lepas gara-gara agensi mereka BGent mengamalkan dasar pilih kasih yang membawa kepada hancurnya kesepakatan antara mereka. Kesemua ahli 14U kecuali seorang dinamakan A, mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak ditandatangi mereka dengan pihak BGent.

Jadi, siapakah agaknya A ini? Kenapa kesemua ahli14U memendam rasa begitu ? Desas-desus bertebaran mengatakan A telah membuat sesuatu perkara yang diluar pengetahuan peminat mereka selama ini iaitu menjalinkan hubungan seksual dengan beberapa orang gadis termasuklah pengarah eksekutif BGent yang berusia 10 tahun tua daripadanya dan juga peminat dari Jepun. Akibatnya, kesemua ahli kecuali A berasa diri mereka tertipu dan merasakan mereka tidak boleh lagi mengekalkan 14U di bawah agensi yang sama.

Salah seorang ahli kumpulan itu dilaporkan berkata, “A telah berhubungan (seks) dengan peminat-peminat Jepun kami pada awal tahun ini. Selepas kami berjumpa sendiri dengan mereka, kami memutuskan untuk tak lagi boleh bersama di dalam satu kumpulan yang bernaung dalam agensi sama. Akhirnya, 14U terbubar.” 14U disebut-sebut sebagai kumpulan kpop generasi baru yang bakal mengubah landskap hiburan negara itu apabila kali pertama debut pada tahun 2017 dengan salah seorang ahlinya mempunyai wajah campuran Pan-Asia iaitu Loudi.

Dari kiri: Eunjae, Loudi & Dohyuk

Loudi turut meninggalkan komentar di ruang media sosialnya bahawa dia berasa kesal dengan pembubaran tersebut dan betapa dia menyayangi peminatnya. Kenyataan Loudi yang turut memaklumkan ketidaksefahaman antara ahli-ahli itu sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran netizen bahawa dia mungkin adalah A disebabkan Loudi  yang lebih dilihat berhubungan baik dengan peminat-peminatnya sebelum ini.

14U mempunyai pasang surutnya tersendiri. Pada Oktober 2018, kesemua ahli membuat kemunculan semula tanpa kehadiran Doyul dengan album ketiga, Compas (NEWS).  Doyul kemudiannya tinggalkan 14U pada Januari 2019 sebelum agensi membawa masuk ahli baru, Gun ke dalam kumpulan tersebut.

Sumber : zidok , xsportnews , instagram Loudi

loading...