[Info] 10 hobi terkini setiap ahli BTS yang anda perlu tahu

Ada kalanya hobi idol menjadi rujukan buat peminat mereka, dan ianya tak terkecuali kepada BTS juga. Tabiat BTS seperti juga anak-anak muda di luar sana, akan meluangkan masa dengan perkara-perkara boleh menggembirakan hati mereka sekiranya bukan dalam waktu bekerja. Dalam temuduga bersama 97.1 AMP Radio semalam, BTS ditanya apakah mereka akan lakukan di masa lapang untuk dikongsikan buat peminat Army mereka di seluruh dunia.

1. Kim Nam Joon (Rap Monster, RM)

Walaupun tak menyatakan secara spesifik di dalam temudaga ini apakah hobinya, Nam Joon menyatakan mereka suka bermain permainan atas talian bersama. Jika dilihat tabiat ketua kumpulan BTS ini yang senantiasa menjadi jurualih bahasa buat ahli-ahli BTS yang lain, sukar untuk menidakkan Nam Joon akan mengabaikan hubungan persahabatannya dengan mereka, maka beliau dilihat lebih suka bersosial dengan mereka dan dijadikan salah satu hobinya yang umum.

Walaubagaimanapun, Nam Joon pernah mendedahkan sedikit ruang ‘privasi’nya untuk tatapan umum sewaktu wartawan CBS Morning turun padang ke Korea sendiri bagi merakamkan dokumentari mengenai kumpulan ‘boyband’ tersebut. Selain menulis lagu, Nam Joon didapati mempamerkan beberapa “figurine” yang dikumpulnya samada yang antik mahupun yang moden belaka, menjadikannya salah seorang anggota ‘otaku’ tanpa disedari yang suka menyimpan koleksi patung-patung kecil. Di samping itu, ruang masa privasinya juga digunakan untuk melayari pusat membeli-belah di atas talian.

2. Jung Ho Seok (Hobi, J Hope)

J-Hope secara berseloroh mengaku suka tidur! Jika dia bangkit dan tak bekerja, mungkin akan dihabiskan untuk membeli belah. Umum diketahui J-Hope memang mempunyai tabiat suka tengok barang-barang dipamerkan di kedai sejak dahulu lagi. J-Hope akan mengajak ahli BTS yang lain, biasanya berdua-duaan untuk membeli barangan kesukaan mereka.

J-Hope sendiri lazimnya akan membelek dan memilih barangan tersebut untuk diberikan kepada ‘pasangan’-nya seperti dilakukannya kepada Jimin dan Suga sebelum ini. Jimin dan Taehyung juga pernah mengajak J-Hope beberapa kali untuk keluar membeli-belah bersama. Sudah pasti penghormatan itu diberikan kepadanya kerana dia mungkin seorang yang pandai memilih barangan terbaik buat mereka.

3. Kim Taehyung (Taehyung, V)

Taehyung mengambil masa lama untuk berfikir sebelum memberitahu dia suka mendengar muzik di masa lapang. Suga turut bersetuju  dan memberitahu kemudian bahawa Taehyung memang dilahirkan sebagai seorang penyanyi.

Taehyung sewaktu menyampaikan trofi Best R&B Artist Grammy kepada penyanyi H.e.r sendiri.

Genre muzik pilihannya sudah semestinya ‘jazz’ dan mungkin juga soul R&B seperti diakuinya dalam beberapa temuduga. Sewaktu mendengar muzik ‘jazz’, Taehyung dilihat ‘terkhayal’ sambil menggoyangkan tubuhnya mengikut rentak muzik tersebut. Antara lagu yang didengarinya termasuklah ‘Fly To The Moon’ nyanyian Frank Sinatra serta lagu-lagu dendangan Lady Gaga daripada album jazz-nya (sehingga Taehyung memanggilnya ‘Queen’).

Barangkali ia dijadikan sumber inspirasinya untuk menulis lagu berentak soul R&B atau menggayakannya tersendiri bersesuaian dengan jenis suara baritone yang dimilikinya. Taehyung juga pernah menyanyi lagu berentak R&B, iaitu Singurality yang dimuatkan dalam album ‘Love Yourself’ dan dipuji mampu melakukannya dengan baik sewaktu diminta menyanyikannya secara solo.

4. Park Ji Min (Jimin)

Walaupun Jimin dikenali sebagai seorang yang seorang berbakat dalam ilmu tarian atas pentas, tapi dia bukanlah seorang yang bekerja keras seperti Jin dan JungKook. Hobi masa lapangnya, seperti dimaklumkan oleh Suga juga, ialah ‘couch potatoes’ iaitu banyak dihabiskan masa untuk menonton television atau tidur secara berlebihan di waktu lain barangkali kerana tidur lewat malam sebelumnya.

Jimin ketika diganggu tidurnya.

Jungkook juga pernah mengakui hobi rakannya itu dalam temuduga sebelum ini apabila pernah sesekali mereka berjaga malam semata-mata untuk berborak, dan bangkit lewat pada keesokan harinya kerana Jimin tak tidur sehingga jam 5 pagi! Jimin juga pernah mengaku kepalanya pening kerana tidur berlebihan pada waktu pagi dan seringkali dilihat menggarukan kepalanya.

5. Kim Seok Jin (Jin)

Jin tanpa rasa teragak-agak memberitahu bahawa dia suka bermain aplikasi permainan atas talian (‘online games’). Peminat Armys memang sudah sekian lama mengetahui hobi Jin ini lagi-lagi Jin seorang yang tak boleh duduk diam.

Nam Joon melukis tentang Jin merujuk kepada hobinya itu.

Jin telah diketahui antara kalangan idol yang menghabiskan masa luangnya dengan bermain games. Ianya diakui oleh Young Jae BAP yang mengatakan bahawa mereka sudah pun mempunyai kumpulan ‘games’ tersendiri dinamakan “We are the strongest idols” yang turut sama dianggotai oleh  Ken VIXX dan Eunkwang Btob. Mereka bermain League of Legends (LOL) setiap masa. Disebabkan ketagihan bermain ‘online games’, Nam Joon juga tak ketinggalan menggambarkan rakan baik BTS-nya itu tetap kekal bermain ‘games’ itu di masa depan dengan gambar yang dilukiskannya.

Sewaktu bermain Mobile Legends untuk tatapan peminat Armys, Jin menunjukkan hobinya itu sama seperti tabiat seorang pemain ‘games’. Jika dia tahu akan kalah, Jin akan ‘tantrum’ sekejap kerana tak boleh menerima hakikat kekalahannya itu. Adakalanya perangainya dilihat kurang matang oleh sesetengah Armys kerana suka menyakat rakan-rakan BTS lain dan tampak terlalu ekstrovert , tapi ia bukan dilakukan saja-saja kerana Jin menghargai kawannya dengan caranya tersendiri.

6. Jeon Jungkook (Jungkook)

Ahli BTS paling muda ini semenangnya pandai meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jungkook menyenaraikan tiga hobi terkininya sewaktu ditanya, iaitu suka makan, berlatih meninju dan dengan tekunnya belajar bahasa Inggeris.

https://twitter.com/softwgguk/status/1124317993670983681

Bagi menampaknya dirinya betul-betul menikmati juadah di hadapannya, Jungkook akan memuatnaik video dia makan secara langsung di media sosial. Disebabkan rasa cintanya terhadap makanan, pernah sesekali dia menegur Taehyung dan Jin supaya makan dulu sebelum bercakap.

Jungkook bukan saja-saja belajar meninju sebagai hobi, tapi rupanya dia mahu melindungi abang-abang angkat di dalam BTS terutamanya J-hope daripada serangan peminat sasaeng. Dia akan ‘work out’ dengan bersungguh-sungguh sebelum mempelajari ilmu sukan meninju itu daripada pelatih yang disediakan oleh BigHit Entertainment.

Akhir sekali, sudah semestinya apabila melihat Nam Joon begitu yakin dan petah bercakap serta gigih menterjemahkan bahasa Inggeris buat rakan-rakan BTS telah membuatkan Jungkook mengambil keputusan untuk belajar bahasa Inggeris dengan tekun sekali. Dahulu Jungkook dilihat tak reti langsung menyebut perkataan Inggeris dengan betul, tapi kali ini dia sudah pandai menuturkan sebutir-sebutir perkataan dengan agak lancar. Malah, dia dilihat lebih ke hadapan dengan memahami ayat English dengan lebih cepat berbanding dengan rakan-rakan BTS lain.

7. Min Yoongi  (Suga)

Suga tak sempat menyatakan minatnya di waktu lapang semasa dalam temuduga tadi. Tak banyak diketahui tentang pengakuan hobinya itu melainkan peminat Armys pernah melihatnya suka mengambil gambar-gambar cantik dengan gaya tersendiri dan juga menonton perlawanan sukan secara langsung.  Seperti perlawanan besbol LA Dodgers baru-baru ini, kedatangan Suga untuk menyaksikan idolanya, Ryu Hyun Jin melantunkan bola besbol di depan matanya telah membawa tuah dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

https://twitter.com/minpdsbae/status/1065600200570478593