[Siri 21] Pesona Gincu Pemikat Hati

Sama ada di dalam drama ataupun video klip lagu-lagu popular, satu ciri-ciri menonjol solekan Korea adalah memberi tumpuan kepada bibir. Di kala dunia Hollywood tersohor dengan solekan berat di mata ‘nude’ di bibir, Korea mempopularkan gaya solekan ringkas untuk pembayang mata dan berat di bibir, memberikan titik fokus di bibir.

Gaya-gaya seperti gradient lips yang memaparkan pemakaian dua atau 3 warna gincu ataupun juicy lips yang memaparkan gaya solekan bibir yang ‘plump’ dan basah, solekan Korea tidak pernah lari dari warna-warna yang terang dan ‘Bold’. Baru-baru ini E Online telah senaraikan warna-warna Bold gincu bibir yang terbaik dari Korea sempena musim bunga ini. Penulis akan membincangkan antara jenama gincu yang hanya boleh di dapati di Malaysia sahaja.

1) Untuk warna Oren terbaik adalah, Innisfree Real Fit Creamy Lipstick No. 1.

Menurut E! Online, bersesuaian dengan namanya, tekstur gincu ini bersifat creamy dan ringan apabila di pakai sepanjang hari. Selain itu, gincu ini juga mengekalkan kelembapan bibir anda menjadikan ia lembut, licin dan ‘plump’ walaupun dengan warna yang terang.

2) Warna Berry terbaik adalah Etude House My Enamel Lips-Talk in #22.

Peminat warna terang ala-ala warna merah hati ataupun warna ‘Win’e? satu warna yang sering kita di lihat di ‘Runway’ ataupun di majalah namun, jarang di pakai pada hari-hari biasa. Bagi penulis, warna ini agak ‘underrated’ kerana ia agak menonjol namun bersisi ‘dark’. Walaupun bagaimanapun, penulis ingin menggalak lebih ramai pengguna untuk bereksperimen dengan warna ini. Tahukah anda bahawa warna ‘Berry’ ini bersesuaian dengan semua warna kulit. Sama ada kulit anda cerah, putih, kuning langsat mahupun sawa matang, tampil matang dan berkarisma dengan gincu berona ‘Berry’ ini.

E! menjelaskan gincu ini berformula ‘creamy’ ini tidak akan menyebabkan bibir anda kering dan mengelupas. Formula gincu ini juga memberikan kelembapan kepada bibir anda tanpa perlu memakai pelembap bibir.

3) Warna Fuchsia terbaik pula adalah Laneige Serum Drop in No. 2 Runway Pink.

Bersesuaian dengan namanya, gincu ini diseduh dengan ekstrak botanikal, mempunyai tekstur seperti minyak yang cair di bibir anda memberikan kelembapan dan keselesaan tanpa berhenti kepada pengguna. Sekiranya anda bukan seorang yang menyukai tekstur gincu yang tebal, kering dan melekat, gincu ini amat bersesuaian dengan anda kerana ia bersifat sheer dan sekali gus, memperlihatkan bibir sedikit tebal.

4) Warna Coral terbaik pula jatuh kepada Mamonde True Colour Lipstick in 08 Love Song.

Antara warna kesukaan penulis dan ia juga satu warna yang amat  bersesuaian untuk memakai solekan penuh satu tona di wajah. Maksudnya, anda boleh memakai gincu, pembayang mata dan ‘blusher’ yang berona sama dan kelihatan cantik ‘natural’ sepanjang hari.

Menurut E!, gincu ini mempunyai tekstur ‘matte’ lembut dan boleh dipakai sama ada nipis dan bersahaja ataupun pengguna boleh melapis-lapiskan gincu ini dengan gaya ‘Bold’.

5) Warna Merah terbaik adalah Moonshot Lip Feat Lipstick in M112 Be Adult.

Sekiranya anda mempunyai mood seksi dan ‘attitude’, jangan sesekali segan untuk mencuba rona merah menyala. Gincu merah ini akan menaikkan semangat anda tanpa anda sedari. Menurut E! bentuk gincu ini agak unik dan di bina khusus untuk memudahkan penyapuan ke bibir anda terutama bahagian Cupid’s bow. Pembikinan gincu ini memberikan anda kawalan dan ketepatan dalam pemakaian gincu. Tidak perlu risau lagi dengan kecomotan terutamanya dalam menggunakan gincu rona terang seperti ini. Gincu pilihan E! ini mempunyai tekstur matte ada akan menonjol pada setiap warna kulit.

Untuk mendapatkan solekan bibir lebih cantik, secara peribadi penulis seorang yang mementingkan langkah ‘prep’. Langkah ‘prep’ ini adalah untuk menyediakan bibir anda supaya lebih mulus dan lembut pada masa yang sama, melindungi bibir anda dari bahan-bahan kimia yang terkandung dalam gincu yang digunakan. Rutin penjagaan bibir penulis adalah dimulakan dengan skrub bibir dan kemudiannya memakai masker bibir ketika waktu tidur. Buat masa ini, penulis menyukai skrub bibir dari The Face Shop iaitu Lip Scrub Shea Butter dan masker bibir dari Mamonde. Masker bibir ini juga boleh dipakai di atas sebarang gincu dan menjadikan gincu anda ‘glossy’.

P/S. Dengar khabar Park Shin Hye akan datang ke Malaysia untuk mempromosikan produk Mamonde.

Sumber: E! Online

loading...