Tonton Episod Terpilih Drama Korea Paling Hangat Tanpa Langganan – Buat Pertama Kalinya!
Buat pertama kalinya, Disney+ Hotstar Malaysia membuka peluang kepada peminat drama Korea untuk menonton episod terpilih secara percuma, tanpa perlu melanggan! Bermula sekarang hingga 31 Mac 2024, anda hanya perlu mendaftar di laman utama Disney+ Hotstar untuk menikmati pilihan drama menarik dari pelbagai genre termasuk aksi, jenayah, percintaan, dan thriller – tanpa bayaran.
Sepanjang bulan Ramadan, ketika seisi keluarga berkumpul untuk berbuka puasa dan berehat selepas seharian berpuasa, Disney+ Hotstar mengajak anda menikmati drama-drama Korea terbaik bersama yang tersayang. Antara drama yang boleh ditonton termasuk:
🔹 Moving – Pemenang Grand Prize di Baeksang Arts Awards 2024, kisah thriller supernatural mengenai remaja yang mewarisi kuasa luar biasa daripada ibu bapa mereka yang merupakan perisik rahsia, menjadikan mereka buruan dalam satu konspirasi berbahaya.
🔹 Big Mouth – Thriller undang-undang yang penuh debaran, diiktiraf sebagai Drama Terbaik di MBC Drama Awards 2022. Kisah seorang peguam yang terperangkap dalam perangkap licik sehingga dituduh sebagai penipu terkenal, dan kini perlu melawan golongan berkuasa demi kelangsungan hidupnya.
🔹 Vigilante – Kisah seorang pelajar cemerlang yang memilih untuk menegakkan keadilan dengan caranya sendiri.
🔹 Revenant – Sebuah kisah seram yang mendedahkan rahsia kutukan kuno, roh jahat, dan pertarungan antara yang hidup dan yang mati.
🔹 A Shop for Killers – Menampilkan Lee Dong-wook dalam aksi mendebarkan apabila seorang wanita muda menemui rahsia berbahaya peninggalan bapa saudaranya.
🔹 The Worst of Evil – Kisah seorang pegawai polis yang menyamar untuk menyusup masuk ke dalam sindiket dadah paling ganas di Seoul pada tahun 1990-an.
Bagi peminat kisah percintaan:
💖 Call It Love – Sebuah kisah membalas dendam yang bertukar menjadi percintaan tidak dijangka.
💖 Red Swan – Mengisahkan seorang wanita yang terperangkap dalam tipu daya dan pengkhianatan dalam golongan elit Korea.
💖 Jeongnyeon: The Star is Born – Pemenang Drama Terbaik di APAN Star Awards 2024, berkisar tentang perjuangan seorang wanita muda untuk berjaya dalam dunia teater Korea yang penuh persaingan.
Turut menampilkan tayangan terbaru:
✨ Light Shop – Drama mistik yang mengisahkan sebuah kedai misteri yang menjadi pertemuan antara roh dan manusia.
✨ Gangnam B-Side – Mengintai kehidupan malam di Gangnam.
✨ The Judge From Hell – Mengisahkan iblis yang merasuki tubuh hakim dan berubah menjadi hakin sebenar selepas bertemu seorang detektif penuh empati.
✨ The Fiery Priest S2 – Sambungan kepada drama hit The Fiery Priest (2019), mengisahkan bekas pegawai perisik negara yang kini bergelar paderi, terlibat dalam satu kes pembunuhan penuh misteri.
Dengan pelbagai pilihan menarik, pasti ada sesuatu untuk semua orang! Hanya perlu daftar akaun di Disney+ Hotstar (tanpa bayaran) dan mula menonton sekarang! Mahu terus menonton selepas episod percuma? Langgan sekarang dari RM17.90 sebulan dan nikmati lebih banyak K-drama terbaik hanya di Disney+ Hotstar!