Netizen mendakwa Seo Yi ‘B. Dolls’ adalah aktress yang meninggal dunia dalam kemalangan baru-baru ini

Seol Yi, atau dikenali dengan nama Han Ji Sung sebagai pelakon, telah dispekulasikan oleh netizen sebagai aktress yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di lebuhraya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon semalam.

Menurut laporan hankookilbo, seorang aktress telah terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya kerana dilanggar sebuah teksi selepas kereta dipandu suaminya berhenti di lebuhraya berdekatan lapangan terbang pada sekitar jam 3.52 pagi semalam. Spekulasi membawa kepada Han Ji Sung setelah beliau memberikan tanda-tanda akan pergi meninggalkan Incheon tak lama lagi. Beliau dikatakan tak aktif menggunakan instagram sejak 24 April yang lalu.

Han Ji Sung pernah membintangi drama SBS Happy Sisters pada tahun 2017 dan menjadi pelakon pembantu di dalam filem-filem seperti Robots, Sori. Sebelum menjadi aktress, beliau debut sebagai penyanyi di dalam kumpulan kpop B. Dolls yang turut dianggotai oleh Yewon, Hayeon dan Geunyong. Mereka pernah mengeluarkan album ‘Disco Town’ pada tahun 2010.

Sumber: hankookilbo , etoday

loading...